Saifuddin umum berentap jawatan Timbalan Presiden PKR
KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution akan bertanding jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti akan datang.
Semalam, dalam media sosialnya, beliau menyatakan hasratnya dan meletakkan pengalamannya hampir 23 tahun dalam politik.
“Sehubungan harapan itu dengan penuh keinsafan dan rendah diri saya Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan pada hari ini bahawa saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden KEADILAN pada pemilihan parti kali ini,” katanya.
Saifuddin juga bertekad meneruskan usaha sehabis daya membantu institusi presiden kini disandang Anwar Ibrahim sepertimana sebelumnya membantu Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengukuh dan mempersiap parti menghadapi pilihan raya umum bersama rakan-rakan pimpinan seluruhnya.
“Saya mengalu-alukan pengumuman awal sahabat saya, Rafizi Ramli yang ikut menawar diri. Sejujurnya Rafizi merupakan aset parti, seorang yang kreatif, intektual, tinggi daya juang dan dihormati rakan dan lawan,” katanya.
Menurut beliau, persaingannya dengan Rafizi adalah tawaran dua rakan yang ingin terus menyumbang kepada keutuhan parti melalui proses demokrasi.-
1 ulasan:
Bila le pkr nie nak amannya,gua rasa kene masukkan balik Anwar dlm penjara,baru Aman Msia nie.
Catat Ulasan