Khamis, 28 Julai 2022

PENIPU DAN PENYAMUN PIMPIN NEGARA

 



Forum mahu ubah naratif politik Melayu pemalas, bebal


SEKUMPULAN pengkaji dan cendekiawan melancarkan badan pemikir baharu Forum Melayu Kebangsaan (Forum) yang diumumkan bertujuan mengubah naratif politik komuniti itu.

Kenyataan Forum menyebut, perspektif masyarakat yang kini diasak dengan propaganda negatif terhadap orang Melayu harus diperbetulkan.

“(Menjadi Melayu itu) dilihat terkebelakang, lemah, kekal pemalas, bodoh dan bebal yang akhirnya menyebabkan orang Melayu apologetik atau malu pada bangsa sendiri.

“Persepsi berkenaan politik orang Melayu hari ini pula dilihat seolah-olah kita tiada pilihan selain menjadi orang yang korup, dinaungi politik wang dan projek dan tidak kompeten dan cekap dalam menguruskan negara,” kenyataan badan itu dipetik.

Mereka berhasrat memulihkan kembali keyakinan rakyat terhadap sistem politik yang berintegriti, bermaruah dan bersih.

“Kita bertekad untuk menolak sebarang hubungan dan usaha mengekalkan politik korup, tidak beramanah, tidak cekap, yang akan memperjudikan nasib dan masa depan bangsa Melayu.”

Jawatankuasa penaja itu menyebut usaha menangani kelemahan kepemimpinan negara di kalangan orang Melayu itu kunci utama bagi menyelesaikan isu dihadapi negara.

“Hanya orang Melayu yang mampu merubah dan menentukan masa depan yang lebih baik untuk orang Melayu,” kata mereka.

Forum melantik bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sebagai penaung yang berperanan sebagai pemandu dan penasihat badan tersebut.

Pengerusi Pejuang itu juga tampil menyampaikan ucaptama di persidangan meja bulat badan itu yang bermula pagi ini di Seri Kembangan.

Profesor sejarah sosial dan intelektual di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac) Ahmad Murad Merican pula dilantik sebagai jurucakap Forum.

Badan berkenaan berusaha menghimpunkan cendekiawan dan intelektual rakyat dari pelbagai disiplin dan gender untuk menjalankan wacana bagi melaksanakan perubahan sosial dan politik ini.

Dalam persidangan pagi ini, lapan kertas kerja dibentangkan meliputi subjek politik, ekonomi, sosiologi, pendidikan, media dan kepemimpinan.

Ia antara lain menampilkan pengkaji Dr. Mohammad Danial Azman dan Amir Jumaat, Dr Mohd Roslan Rosnon dan Prof Mansor Mohd Noor.

Turut membentang Dr Anuar Ahmad, Prof Ahamed Kameel Mydin Meera, Dr Hamidin Abd Hamid dan Marzuki Yahya. – 28 Julai, 2022



WOIT

DULU LEPAS 

13 MEI ADA

REVOLUSI MENTAL

KAH KAH KAH

SENU RAHMAN

JADI KEPALA

KAH KAH KAH

SEKARANG

ULANG YG SAMA

KAH KAH KAH

WOIT

SELAGI PENIPU

PENCURI

PENGKHIANAT

JADI PEMIMPIN

MELAYU TAKAN

MEMILIKI

FIKIRAN KRITIKAL

AMIN

SIANG DITIPU YB

PETANG DITIPU

RTM TV3 UTUSAN

MALAM DITIPU

LEBAI AJI USTAD

KAH KAH KAH

USTAD TAKUTKAN

DG API NERAKA

KAH KAH KAH

UMNO TAKUTKAN

DENGAN POLIS

DGN SOSMA

DG BUKIT AMAN

AMIN

ANK MUDA

TURUN DEMO

POLIS PANGGIL

TU PASAL KEPALA

MELAYU JADI TAKUT

JADI RED INDIAN

DALAM NEGARA

SENDIRI

KAH KAH KAH

AMIN

3 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Kaum Melayu dah tak boleh buat apa ..pusing cam mano pon cam tu jugak ..sobab kito molayu kaum yg paling ketuanan ..kito ado sopuloh bukan satu ..den ulang sopuloh Rajo ..ampong tuang ku ..

Tanpa Nama berkata...

Woitt, TT lu memang baghal lah. Kalu lah Pengerusi Penaung maseh Atok Saka kumpulan ini 2x5 jadinya dgn Klu Klux Klan Malaysia dulu PERKASA. KKK dah tukar jadi PUTRA kerana Tok Him minat nak jadi MP bikin duit. Sumbangan KKK semasa Atok Saka jadi Pengerusi Penaung yalah buat buat video seks China guna pelakon perut boroi Siam sbg propaganda tambahan kpd Liwat utk block Anwar di2013 PRU13. Kerja jahat Atok Saka bukan sahaja frameup Liwat tetapi Seks jugak. Memang copy paste Manual CIA/FBI utk sekat lawan politik.

Tanpa Nama berkata...

Naina Merican ini melayu asal ker, saja tanya tanya jangan mara ya kah kah nak sekolah anak jadi baik, senang saja, jadi baik dulu, anak akan jadi baik, kalau bapak pun penyamun pakai tarbus anak nak jadi apa ? Kah kah komedi