Saya belum dapat diyakinkan Najib bersalah – Zuhdi
KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Mohd. Zuhdi Marzuki belum dapat diyakinkan bahawa bekas Perdana Menteri, Najib Razak bersalah seperti yang cuba dibuktikan oleh pihak pendakwaan dalam kes SRC International Sdn. Bhd.
Menurut beliau, pendirian itu adalah berdasarkan keberanian Najib melakukan sumpah muhabalah walaupun ia bukan sebahagian daripada proses perundangan.
Bagaimanapun, pada masa yang sama, Mohd. Zuhdi menasihatkan semua pihak menghormati keputusan mahkamah setelah semua proses dilalui dari Mahkamah Tinggi sehingga Mahkamah Persekutuan.
“Sekiranya pihak Najib tidak berpuas hati dengan proses yang telah dilalui, beliau boleh membuat permohonan untuk semakan kehakiman,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya.
Semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib dalam kes SRC International Sdn. Bhd.
Beliau menambah, jasa Najib semasa menjadi Perdana Menteri khususnya dalam melaksanakan transformasi terhadap dasar dan amalan yang merosakkan oleh Perdana Menteri keempat, Dr. Mahathir Mohamad tidak seharusnya dilupakan oleh rakyat.
Mohd. Zuhdi yakin sekiranya transformasi itu tidak berlaku, negara kurang berupaya menghadapi krisis pandemik COVID-19 dan pulih dengan begitu pantas.
“Selain itu, apa jua pun keputusan yang telah dijatuhkan oleh mahkamah ke atas Najib, masyarakat Malaysia khususnya umat Islam perlu terus bersatu-padu untuk membangunkan negara dan mempertahankan keharmonian.
“Tidak dapat dinafikan, peranan Najib adalah besar untuk membuka perdamaian antara Pas dan UMNO yang telah bermusuhan begitu lama sebelum ini,” jelasnya.
3 ulasan:
Nasib baik pelacur ingat pelanggan lagi, tidak mudah lupa, pancutan sama dalam, syukur masih hebat, yang lain makan makan lupa terus, kamu ini semua tengok yang negatif saja , orang ini positif masih pertahan perlakukan bersama kah kah kah
talian hayat jangan putus, ini politik sesumpah, tektik kona, mmg amalan politik... kena jaga silaturahim.. nabi pun layan abu sufian yg jahat nak mampus tu, takat najib apa la sangat... pas layan... najib rembat, dia ada jugak sedekah 90 jota duit rembat, mana tak sayang... untung2 dapat lagi, kot dari anak najib... urrrpppp sendawa kenyang... atas nama dana politik... hampeh...
Ni kalau Bik Mama angkat sumpah yang dia slim pun mamat terus percaya ni..
Catat Ulasan