Jumaat, 12 Mei 2023

BLOGGER DAPAT TAWARAN !!!


Kes terima suapan RM1.3 juta, blogger ditahan reman

KUALA LUMPUR – Seorang blogger politik ditahan reman bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan rasuah satu projek bernilai lebih kurang RM41 juta di sebuah kementerian.

Permohonan reman dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret hari ini.

Majistret Puan Irza Zulaikha Rohanuddin mengeluarkan perintah reman selama dua hari bermula hari ini sehingga 13 Mei terhadap suspek.

Menurut sumber, blogger berkenaan dipercayai telah menerima rasuah berjumlah lebih kurang RM1.3 juta daripada sebuah syarikat teknologi maklumat sekitar tahun 2020.

Tambah sumber, permintaan dan pembayaran rasuah  dipercayai dilakukan sebagai dorongan kepada suspek melobi supaya syarikat berkenaan berjaya dalam perolehan kontrak berkaitan.

Difahamkan, selain daripada isu jenayah rasuah, SPRM juga akan melihat bagaimana tatacara perolehan projek ini dilaksanakan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM,  Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 16 ASPRM 2009.

WOIT

KAH KAH KAH

SAPA KENAL

BLOGGER INI

KAH KAH KAH

KONGSI KONGSI

LAAA REZEKI

KAH KAH KAH

SEJUTA LEBIH

ULUR ULUR LAA

KAH KAH KAH

RAMAI BLOGGER

LAIN TAAKDA

SAPA NAK BERI

TAWARAN

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Enche' TT, ko blogger ulung dan berpengaruh dengan follower beribu-ribu dan boleh menggigit dan mengancam sesetengah politikus takkan la takde sponsor !
Tapi gwa anal kat sini ko punyo komen tak pernah hamtam si tua saka itu kaw kaw. Ko ada dapat spOnsor dari dia tu ka?
Tanya je, jangan marah KAHKAHKAH