Jumaat, 12 Mei 2023


Kastam rampas satu tan pil ekstasi bernilai RM78 juta

BUTTERWORTH – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengagalkan cubaan menyeludup masuk lebih satu tan pil ekstasi menerusi Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth (NBCT) di sini, pada 6 Mei lalu.

Ketua Pengarah Kastam, Zazuli Johan berkata, pil ekstasi bernilai RM78 juta itu dibawa masuk dalam negara menggunakan kontena dari sebuah negara di Eropah.

Jelas beliau, rampasan yang dilakukan Unit Narkotik Bahagian Penguatkuasa JKDM Pulau Pinang itu turut membawa kepada tangkapan seorang lelaki yang juga ejen berusia 48 tahun.

“Anggaran dadah tersebut adalah 1,063 kilogram yang mana nilai pasaran berjumlah lebih RM78 juta.

“Ia sekali gus menjadikan rampasan ini terbesar bagi JKDM bagi tahun ini,” katanya pada sidang media hari ini.

Tambah Zazuli, modus operandi digunakan adalah menyembunyikan pil ekstasi itu dalam 20 alat silent compressor yang dimuatkan dalam kontena.

“Apabila tiba di dalam negara sindiket akan membuat pengikraran import barang dagangan yang tidak tepat bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Pil ekstasi tersebut disembunyikan dalam alat silent compressor untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti pihak-pihak lain yang terlibat.

“Selain itu, suspek yang ditahan bagi kes ini kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahya 1952,” jelas beliau. – 

WOIT

BERAPA BANYAK

AGAKNYA YG

DAH SELAMAT

MASUK ???

AMIN

BUKAN SUSAH 

NAK TANGKAP

ADA ALAMAT

SI PENERIMA

IKUT ALAMAT ITU

AMIN

PATUTNYA BIARKAN

DADAH INI LEPAS

IKUT KEMANA

DADAH INI PERGI

AMIN

BARU SENANG

TANGKAP

AMIN

TANGKAP TAKDA

ORANG INI 

HANYA 

UNTUK MOLEK

DI LIHAT MEDIA

 AMIN

MACAM ADA 

 TAK RAPI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: