Zaid cadang Pas sertai Kerajaan Perpaduan, beri sokongan kepada Anwar
KUALA LUMPUR – Zaid Ibrahim mengulangi cadangannya agar Pas menyertai gabungan Kerajaan Perpaduan bagi memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memulihkan kestabilan politik dan ekonomi negara.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, walaupun tidak semua bersedia ke arah itu, sekurang-kurangnya sebahagian daripada mereka pun sudah lebih daripada mencukupi.
Malah, katanya, beliau juga mencadangkan Anwar berjumpa dengan pemimpin Pas untuk memujuk mereka menyertai gabungan kerajaan perpaduan.
“Semalam saya cadangkan Pas beri sokongan kepada Anwar, malah saya cadangkan Anwar jumpalah pemimpin Pas.
“Kalau tak semua mereka bersedia, ada juga di kalangan mereka yang memikirkan kestabilan politik dan perlunya negara ini dipimpin oleh Anwar untuk tempoh lima atau 10 tahun lagi.
“Anwar memang tak boleh berpuas hati dengan sokongan UMNO dan Parti Amanah sahaja. Ajak Pas bergabung juga akan menguatkan lagi kepimpinan perpaduan,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.
Menurut Zaid, Perdana Menteri perlu mengambil kira faktor kepimpinan orang Melayu Islam adalah elemen paling penting kalau beliau mahu memerintah untuk tempoh lebih lama.
Katanya, di Malaysia ini banyak unsur agama dimain dan dijadikan fitnah sehingga isu ekstrem turut ditimbulkan kononnya Islam menuntut perkara itu.
1 ulasan:
Kes Jho Low lesap Zety Taufik Ayman kira untung lah.. Rembat billion juta ratus juta... Kes senyap
Dah macam pantekkk
Catat Ulasan