Khamis, 18 Mei 2023

RAYA LAGI


RAYA LAGI


KHAMIS 18/5/2023
KITA MASIH BERHARI RAYA
MANA MANA KITA DENGAR
PEJABAT BESAR
PEJABAT KECIL 
KOMPENI BESAR
KOMPENI KECIL
MENGADAKAN JAMUAN 
SAHIH HARI INI
ISLAM BUDAYA MAKIN KUKUH

ISU ALLAH MAKIN HEBOH
SANA SINI HAL ALLAH 
JADI PERBUALAN
GUAN YAKIN INI AKAN JADI
PELURU UNTUK TEMBAK PAKATAN
DALAM PRN YANG AKAN DATANG

HARGA BARANG
YANG SEPATUTNYA
 JADI AGENDA UTAMA
SENYAP SEBENTAR
TAPI HAKIKATNYA
AIR SUAM KEDAI MAMAK 50 SEN
DALAM RESTORAN CAFE 1.50 SEN
MAHAL MAHAL MAHAL
GAJI MASIH DI TAHAP LAMA
INI YANG JADI PERIT

PANAS PANAS PANAS
DAH SAMPAI
INI PANAS YANG BELUM 
PERNAH DI RASA
RAMAI JATUH PITAM
SAKIT KEPALA

AWAS
LE NINO BELUM SAMPAI LAGI
DARI RAMALAN
TAHUN INI AKAN SERIK

UKRAINE
DAH BERSEDIA
NAK SERANG BALAS RUSIA
BILA BILA MASA SAJA
SOLDADU UKRAINE AKAN MEREMPUH
MEMATAH PERTAHANAN RUSIA

RUSIA
 PULA SEMAKIN KERAP
MELAKUKAN SERANGAN
MENGGUNAKAN DRONE
MEMUSNAH  GUDANG SENJATA
MEMUSNAH LOJI MINYAK

PBB NEW YORK
BANGSA BANGSA BERSATU
BERJAYA MEMBUAT 
PERJANJIAN GANDUM BARU
RUSIA  BERSETUJU
UNTUK MEMBENARKAN
GANDUM UKRAINE
LALU DI LAUTAN RUSIA
UNTUK PASARAN DUNIA

AMERIKA
NEGERI MONTANA 
MENGHARAMKAN
TIK TOK
MILIK CHINA MERAH
ATAS SEBAB KESELAMATAN

HOKKIEN
PAGI INI CERAH  BASAH SEGAR
AWAN AGAK KELABU
SUARA YANG KUAT PAGI INI
HANYA TERKUKUR

GUA NAMPAK
DI BAWAH GAUNG
ATAS POKOK SAWIT TEMPUA
KELUAR MASUK SARANG
GUA NAMPAK DAH ADA
LIMA BIJI BANGLO
DUA UNTUK BETINA BERTELOR
DAN TIGA SARANG JANTAN BERTENGGEK

TAHUN INI
TEMPUA TELAH MEMBOIKOT
POKOK MENGKUDU
MEMILIH POKOK SAWIT
YANG TERSOROK
DALAM GAUNG
SUSAH UNTUK  PENCURI
MENYAMUN SARANG

HARI INI PASTI PANAS
MUNGKIN HUJAN PETANG
INI WATAK CUACA KITA SEKARANG
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT
KHAMIS DENGAN SENYUM PAGI

BRO
BILA MATA SUDAH MENGANTUK
CEPAT MASUK MATA DAH KUYU
BILA RAKYAT TELAH MENGUTUK
ALAMAT KALAH DALAM PRU

BRO
BUAH NANGKA GANTI CEMPEDAK
BILA MASAK KULIT MEREKAH
BILA MENTERI KAYA MENDADAK
ITU TANDA MAKAN RASUAH

BRO
BUNGA KENAGA BARU NAK MEGAR
BANYAK KUMBANG DATANG MENGHISAP
KALAU LU BERSIFAT SABAR
BIJAK MENIMBANG TENANG BERCAKAP
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

LAGI KITA BERHARI
RAYA

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Makan makan makan diteruskan selama sebulan, hari lain makan kena bayar bila ada peluang makan free kita terus amalkan selalu kah kah kah sudah jadi budaya turun temurun makan free langkah lancar kah kah kah