Erdogan jemput Mahathir berganding bahu anjur sidang kemuncak Islam di Turkiye
Presiden Recep Tayyip Erdogan menjemput Dr Mahathir Mohamad untuk menghadiri acara susulan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur yang diadakan pada 2019, dalam apa yang dilihat sebagai sokongan berterusan pemimpin Turkiye itu terhadap cadangan bekas perdana menteri tersebut bagi membentuk blok kuasa Islam baru.
Selepas pertemuan selama sejam di Ankara pada Selasa di mana Mahathir dan isteri Dr Siti Hasmah Ali dialu-alukan di istana presiden, beliau berkata Erdogan berminat untuk menganjurkan Sidang Kemuncak Istanbul untuk meneruskan apa yang dibincangkan semasa Sidang Kemuncak Kuala Lumpur, yang mana pemimpin tertinggi Malaysia dan Turkiye, Qatar serta Iran bersetuju untuk bekerjasama.
“Terdapat juga banyak perbincangan mengenai nasib umat Islam dan keperluan untuk membantu umat Islam dan negara mereka yang menghadapi kesukaran dan peperangan.
"Mahathir juga mengakui, memandangkan perkembangan pesat Turkiye dan kemajuan dalam pelbagai bidang, ia boleh menjadi negara contoh kepada negara Islam lain," kata satu kenyataan di Facebook Mahathir.
Kenyataan itu berkata kedua-dua pemimpin bersetuju bahawa Sidang Kemuncak Istanbul diadakan sama ada pada September atau Oktober tahun ini, sambil menambah Erdogan mahu pasukan Mahathir bekerjasama dengan pihak Turkiye untuk acara itu.
Pada 2019, Erdogan bersama presiden Iran Hassan Rouhani dan Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al Thani menghadiri Sidang Kemuncak Kuala Lumpur, yang dinamakan semula sebagai Dialog Perdana, sebuah forum yang menurut penganjur melengkapkan Pertubuhan Kerjasama Islam dalam menangani isu-isu yang melibatkan dunia Islam.
2 ulasan:
Kah kah kah madey ini jenama pengacau satu dunia, dia nak perbetul apa lagi? Kaum Melayu Isle sokong dia berapa puluh tahun pun dia kata malas, dia kata kurang akal tapi nak bantu jenama Arab, apa kena dengan dia, sudah nyanyuk atau sudah cari cara baru tipu lagi, tak silap nanti balik pakai jubah janggut serban kah kah kah
Walaweh tt, lu tak dapat info ke? Sumber lu slow la, tanya lokman adam, lokman adam pun tahu derrrr
Catat Ulasan