Khamis, 22 Jun 2023

MAHKAMAH TOLAK RAYUAN ROSMAH - DIA AKAN LARI ?



Mahkamah tolak rayuan Rosmah cabar pelantikan Sri Ram

MAHKAMAH Rayuan hari ini menolak permohonan Rosmah Mansor untuk mencabar pelantikan mendiang Gopal Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya kanan dalam kes rasuah projek solar bernilai RM1.25 bilion yang dihadapinya.

Rayuan Rosmah ditolak sebulat suara panel tiga hakim yang dipengerusikan Hanipah Farikullah selepas mendapati ia tidak mempunyai merit. Turut bersidang adalah Hakim Che Ruzima Ghazali dan Hakim See Mee Chun.

Keputusan itu berhubung rayuan Rosmah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi (bidang kuasa sivil) Kuala Lumpur pada 30 Ogos tahun lalu.

Mahkamah Rayuan juga memerintahkan Rosmah membayar kos RM10,000 kepada Jabatan Peguam Negara dan kerajaan yang merupakan responden dalam rayuan tersebut.

Mahkamah Tinggi ketika itu yang menolak permohonan isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu selepas membenarkan bantahan awal pendakwaan yang bertindak sebagai responden dalam rayuan ini.

Peguam Akberdin Abdul Kader yang mengetuai pasukan pembelaan Rosmah ketika berhujah pada prosiding dalam talian pagi ini berkata anak guamnya terjejas teruk dengan pelantikan Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya kanan.

Pelantikan Sri Ram melalui tiga surat pelantikan (fiat) salah di sisi undang-undang, katanya, menambah ia jelas melanggar hak asasi Rosmah untuk mendapat perbicaraan yang adil.

Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan berhujah semakan kehakiman mesti mengikut Perintah 53 peraturan 3(6) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, iaitu difailkan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh alasan untuk permohonan itu mula-mula timbul atau apabila keputusan itu mula-mula dimaklumkan kepada pemohon.

Sri Ram meninggal dunia pada usia 79 tahun di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur pada Januari lalu, dipercayai akibat jangkitan paru-paru.  

Mahkamah Tinggi pada September tahun lepas memutuskan Rosmah bersalah meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima suapan RM6.5 juta daripada bekas pengarah urusan Jepak Holding Saidi Abang Samsudin.

Rasuah itu diterima melalui bekas pembantunya Rizal Mansor sebagai ganjaran kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan projek menyediakan tenaga hibrid solar bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan, dan denda RM970 juta ke atas Rosmah.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut dan rayuan terhadap keputusan bersalah itu ditetapkan untuk dibicarakan di Mahkamah Rayuan bermula 11 Julai. – 22 Jun 2023.

KES RAYUAN

MULA 

11 JULAI 2023

AMIN

ROSMAH DAH

DI SINGAPURA

AMIN

APAKAH ROSMAH

AKAN  LARI ?

JENG JENG JENG

AMIN

Tiada ulasan: