Jangan percaya laporan yang bukan-bukan – Peja
KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Ahmad Faizal Azumu meminta rakyat tidak menerima bulat-bulat laporan media yang mendakwa wujud krisis dalaman dalam parti itu.
Katanya, laporan tersebut ditulis berdasarkan daripada sumber yang boleh diragui.
“Jangan percaya yang bukan, (laporan) ia dipetik dari sumber. Tak baik (laporan itu),” katanya hari ini.
Beliau mengulas laporan media yang mendakwa timbul spekulasi mendakwa Presiden Bersatu, i Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung parti, Hamzah Zainudin bertelagah mengenai hala tuju parti.
Hamzah yang juga Setiausaha Agung PN dikatakan mungkin digantikan sebagai ketua pembangkang di Parlimen.
Dua nama yang disebut-sebut menggantikan Hamzah iaitu Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim dan Ahli Parlimen Ketereh, Khlir Mohd Nor. –
Tiada ulasan:
Catat Ulasan