Ahad, 18 Jun 2023

MATI MENGEJUT PASCA VAKSIN



JKNS siasat kematian mengejut dua petugas kesihatan

KUALA LUMPUR – Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian kematian mengejut membabitkan dua petugas kesihatan yang bertugas di dua fasiliti kesihatan berbeza di daerah Klang, masing-masing pada 4 dan 6 Jun lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor,  Dr Sha’ari Ngadiman berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai kejadian itu dan ia merupakan situasi menyedihkan kepada semua terutama ahli keluarga dan kenalan rapat kes berkenaan.

Beliau berharap, orang ramai dan pihak media dapat menghormati serta memberi ruang privasi kepada keluarga untuk melalui tempoh yang sukar ini.

“Pihak jabatan telah menjalankan siasatan bagi kedua-dua kes berkenaan. Begitu juga pihak polis sedang menjalankan siasatan mereka untuk mengenal pasti punca kematian.

“Semua pihak disarankan agar mengelak daripada membuat sebarang spekulasi dan tidak menyebarkan sebarang informasi yang berkaitan dengan kedua-dua kes berkenaan secara sewenang-wenangnya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Sha’ari, kejadian yang berlaku juga amat mendukacitakan jabatan berkenaan.

“Sehubungan itu, jabatan ini ingin mengingatkan mana-mana individu yang mengalami masalah emosi agar tampil untuk mendapatkan bantuan sokongan emosi daripada golongan profesional.

“Atau boleh hubungi Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental Talian HEAL di 15555 yang dikendalikan Pegawai Psikologi (Kaunseling) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang beroperasi setiap hari dari jam 8 pagi hingga 12 tengah malam,” ujarnya.

Dr Sha’ari dan seluruh warga JKNS turut mengucapkan takziah kepada keluarga kedua-dua mendiang atas kejadian berkenaan. – 

WOIT

LEPAS KOBID

LEPAS PKP

LEPAS VAKSIN

RAMAI MATI

AMIN

MATI MENGEJUT

MATI MUDA

MATI TAK TAHU

PASAL APA

AMIN

BUKAN SAJA 

DI MALAYSIA

SELURUH DUNIA

ALAMI SAMA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: