Ahad, 11 Jun 2023

MB BARU KELANTAN


Kelantan umum tarikh bubar DUN minggu ini, kata laporan



Annuar mungkin jadi calon PAS di Kelantan, kata Takiyuddin

PAS pertimbang letak bekas ahli Parlimen Ketereh Annuar Musa sebagai calon PAS pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang, kata setiausaha agung parti itu Takiyuddin Hassan.

Laporan Utusan Malaysia menyebut, Takiyuddin menganggap bekas setiausaha agung Umno itu mempunyai pengaruh tersendiri yang boleh membantu kemenangan PAS terutama di Kelantan.

“Itu satu perkara yang boleh difikirkan, kita tengoklah. Beliau sendiri tidak berikan apa-apa syarat, beliau masuk menjadi ahli PAS, berjuang tanpa apa-apa syarat, soal pencalonan kita akan bincang.

“Sebagai tokoh veteran politik di Kelantan, beliau boleh memberi satu gelombang kemenangan kepada kami. Sebagai ahli PAS beliau layak dicalonkan atau diberikan peranan sebagai calon PAS.”


Utusan memetik Takiyuddin berkata demikian selepas mengumumkan Annuar menyertai PAS secara rasmi dalam ceramah Perikatan Nasional di Senawang, Negeri Sembilan pada malam tadi.

Takiyuddin juga mengumumkan parti itu meluluskan permohonan keahlian lebih 3,000 anggota baharu termasuk Annuar.

Sementara itu, Annuar pula dalam ucapan di ceramah tersebut mendakwa seramai dua juta anggota Umno sudahpun meninggalkan parti tersebut sejak PRU2013.

Perkara itu berlaku kerana Umno menjadi parti yang menjaga kepentingan individu kata Annuar yang turut menganggap parti itu sebagai “tukang sapu” kepada parti kerajaan perpaduan, DAP. – 11 Jun, 2023.

ANNUAR MUSA

PALING 

LAYAK JADI

MB KELANTAN

AMIN

SOSOK  JUJUR

WARAK

BERHEMAH 

BERTARAF 

TOK GURU NIK AZIZ

AMIN

KECUALI KES KECIL

JUAL HARTANAH

MARA DI AUTRALIA

AMIN

INI KECIL KECIL

LIBATKAN HANYA

BERPULUH  PULUH

JUTA RINGGIT

AMIN

SEKALI PERGI

UMRAH SEMUA

BOLEH SELESAI

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Muka toya tak der orang lain ka..hari hari muka org tua..fuck off and die la...sila meninggal