Ahad, 11 Jun 2023

TUAN HAJI BERJAYA JUAL TANAH


Mara Inc umum selesai muktamadkan penjualan 1 daripada 4 hartanah di Australia

Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui anak syarikatnya, MARA Incorporated Sdn Bhd (MARA Inc.) mengumumkan telah selesai memukmatadkan penjualan satu daripada empat aset milik agensi kerajaan itu di Australia.

Aset hartanah berkenaan yang merupakan sebuah bangunan 12 tingkat di 51 Queen Street di Melbourne, Australia telah dijual pada harga 23.4 juta dolar Australia.

Menurut Pengerusi Mara, Tuan Haji  Annuar Musa, keuntungan daripada penjualan hartanah melalui tender terbuka itu digunakan untuk melangsaikan hutang bagi baki tiga aset di Australia.

"MARA Inc dgn kelulusan MARA, Kementerian Kewangan dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah menjual satu daripada empat aset dan dengan penjualan itu telah melepaskan semua pinjaman luar negara dengan hanya ada pinjaman yang ada di dalam negara sahaja. Daripada tiga aset berkenaan, satu daripadanya telah bebas daripada sebarang bentuk pinjaman," katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Menurut Tuan Haji Annuar, dengan tindakan penjualan hartanah berkenaan, MARA masih lagi mempunyai baki aset bernilai lebih 80 juta AUD atau kira-kira RM300 juta di Australia.

MARA Inc telah memperoleh hartanah tersebut pada 2014 pada harga 21 juta AUD dan ia merupakan penjualan hartanah pertama MARA Inc di Australia.

 

TUAN HAJI

YANG JUJUR

WAJIB DINOBAT

JADI MB

KELANTAN BARU

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ctt kata dia ni penyamun