Pengguna Twitter disiasat polis lepas siar video persenda PM
Seorang pengguna Twitter mempersoalkan pendirian kebebasan bersuara di bawah pentadbiran kerajaan campuran apabila dipanggil memberi keterangan sebanyak dua kali dalam tempoh kurang dua bulan.
Bercakap kepada MalaysiaNow, Salim Iskandar seorang pengguna Twitter yang aktif berkongsi siaran berupa tulisan, foto dan video mengkritik kerajaan campuran pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Katanya, kali pertama beliau dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur pada 17 Mei lalu dengan proses soal siasat selama kira-kira dua jam bermula jam 10 pagi.
Kali kedua, katanya, beliau dipanggil sekali lagi semalam pada jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.
"Ini juga dah masuk dua kali telefon bimbit saya dirampas oleh polis," katanya ketika dihubungi MalaysiaNow.
MalaysiaNow difahamkan, beliau dipanggil memberi keterangan atas dua hantaran di Twitter berhubung siaran video yang tidak berpihak kepada kerajaan campuran.
Manakala, satu lagi siaran video yang menunjukkan Anwar mendakwa sedang bercakap telefon dengan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.
Katanya, dalam hantaran tersebut beliau turut mengkritik pentadbiran Anwar termasuk kelemahan Menteri Komunikasi dan Multimedia Fahmi Fadzil yang dianggap tidak menjalankan tugas dengan baik.
"Saya hanya membuat kritikan yang membina kerana rakyat sedang susah.
"Kalau tiada orang macam saya yang memberi kritikan, kita nak harapkan siapa lagi?" katanya.
Sebelum ini, MalaysiaNow melaporkan usaha Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta Twitter untuk menurunkan beberapa ciapan oleh Salim gagal kerana mendukung hak dan kebebasan bersuara.
"Memandangkan Twitter sangat percaya dalam mempertahankan dan menghormati suara pengguna kami, adalah menjadi dasar kami untuk memberitahu pengguna jika kami menerima permintaan undang-undang daripada entiti yang diberi kuasa (seperti penguat kuasa undang-undang atau agensi kerajaan) untuk memadamkan kandungan daripada akaun mereka," kata Twitter dalam e-mel kepada Salim pada 30 Jun lalu bagi memaklumkan permintaan SKMM kepadanya.
Mengulas lanjut, Salim turut memuji sikap profesional pihak polis sepanjang proses memberi keterangan yang berlangsung setiap kali beliau hadir ke Bukit Aman.
Katanya, beliau tidak berasa gentar dan terancam apabila berada dalam proses itu menyebabkan dirinya mampu memberikan kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa.
"Tetapi sebagai manusia biasa, saya tetap gusar juga sebenarnya kerana orang atau pemimpin tetap boleh salah gunakan kuasa yang ada pada mereka."
2 ulasan:
parpukari kasi masuk..bang non tak tahan
ada yang kata Erdogan akan kalah..
selepas 50 ribu kematian...
selepas ekonomi Turkiye merundum....
selepas Lira Turkiye jatuh
ada yang kata Erdogan akan kalah...
manalah aku tahu..
aku bukan ayam belanda
berketuk sana sini
Peace
Catat Ulasan