Tidak pernah ada menteri ‘rempuh’ kementerian lain
KUALA LUMPUR – Tidak pernah ada dalam sejarah di negara ini seorang menteri ‘merempuh’ kementerian lain dan tidak menghormati tugas penjawat awam.
Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Abdul Rahim Thamby Chik berkata, seorang menteri sepatutnya tahu prosedur membawa sesuatu isu ke Kabinet dan bukannya ‘meraung’ di tempat kejadian dengan memberi arahan tertentu.
Menurut bekas Ketua Menteri Melaka itu, insiden sebegitu amat memalukan dan menunjukkan sikap seorang menteri Kabinet yang tidak berdisiplin.
“Beliau langsung tidak menghargai langsung penjawat awam. Malah beliau pula sebagai menteri mengarah ambil tindakan ke atas agensi di kementerian lain.
“Ini menunjuk beliau tidak ada disiplin dalam Kabinet. Beliau sepatutnya membawa isu itu kepada perdana menteri dalam mesyuarat Kabinet dan perdana menteri yang akan arahkan.
“Tapi di situ (KLIA) beliau meraung-raung, arah Menteri KDN kerana ada rasuah tetapi beliau tidak ada bukti. Macam mana kita perlu Kabinet yang berdisiplin jika menteri pun porak-peranda,” katanya hari ini.
Beliau mengulas tindakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, ri Tiong King Sing yang didakwa melepasi kaunter Jabatan Imigresen untuk ‘menyelamatkan’ seorang pelancong China yang ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, Jumaat lalu.
Sebelum ini, King Sing menegaskan akan merujuk kepada SPRM untuk menyiasat dalang penyebaran video kekecohan yang mendakwa beliau menyalahguna kuasa di KLIA.
1 ulasan:
Rahim Thamby Besar ada kes rogol budak kecik, batang besar kata orang besar botol Coca Cola lah kah kah kah kalau ingat zaman itu, cina kafir masuk penjara kerana batang rahim Thamby Besar kah kah kah
Catat Ulasan