Rabu, 5 Julai 2023

ROSMAH BUAT KERENAH


Rosmah fail rayuan di Mahkamah Persekutuan cabar pelantikan pendakwa utama 

ROSMAH Mansor memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan beliau untuk mencabar pelantikan mendiang Gopal Sri Ram sebagai pendakwa utama dalam kes rasuahnya membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion.

Isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu, memfailkan rayuan itu pada hari ini melalui Tetuan Akberdin & Co, telah mengemukakan beberapa persoalan undang-undang untuk dipertimbangkan oleh mahkamah.

Antaranya adalah sama ada Peguam Negara Idrus Harun berhak di bawah undang-undang untuk mengeluarkan surat pelantikan bertarikh 21 Mei 2021 secara retrospektif bagi pelantikan Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan mulai 15 November 2018, sedangkan secara fakta dan undang-undang Idrus hanya dilantik memegang jawatan Peguam Negara pada 2021.  

Pada 22 Jun lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Rosmah untuk kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi mencabar pelantikan Sri Ram sebagai ketua pendakwa dalam kesnya.

Pada 30 Ogos 2022, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak memberi kebenaran kepada Rosmah untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar pelantikan Sri Ram sebagai ketua pendakwa dalam kesnya.

Rosmah, 71, yang memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi pada 24 Jun 2022, menamakan Peguam Negara/Pendakwa Raya, Kerajaan Malaysia dan Sri Ram sebagai responden.

Dalam permohonan semakan kehakiman itu, Rosmah memohon pengisytiharan bahawa pelantikan Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan melalui tiga surat pelantikan (fiat) masing-masing bertarikh 8 Julai 2020, 11 Mei dan 21 Mei 2021 adalah menyalahi undang-undang.

Selain itu, beliau memohon deklarasi bahawa keseluruhan prosiding pendakwaan dan perbicaraan penuh kes projek solar yang berlangsung sejak 15 November 2018 sehingga pembelaan menutup kesnya adalah tidak sah serta batal dan beliau perlu dibebaskan daripada semua pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Sebelum ini, Rosmah memohon untuk menggugurkan Sri Ram namun ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan yang mendengar perbicaraan kes rasuah beliau. Rayuannya berhubung perkara itu turut ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Pada 1 September lepas, Mohamad Zaini memutuskan bahawa Rosmah bersalah atas pertuduhan rasuah berkaitan projek solar hibrid dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta.

Beliau kemudian memfailkan rayuan terhadap sabitan serta hukuman terhadapnya dan Mahkamah Rayuan menetapkan empat hari, dari 11 hingga 14 Julai untuk mendengar rayuan itu. – Bernama, 5 Julai, 2023.

KES ROSMAH

DAH SELESAI

DAH

JATUH HUKUM

AMIN

KINI DALAM

PROSES RAYUAN

AMIN

AKAN DIDENGAR

11 JULAI INI

AMIN

KES YANG INI

 SENGAJA BUAT

 RAYUAN

DI MAHKAMAH

PALING TINGGI

TOLAK PENDAKWA

YANG DAH MATI

AMIN

TUJUAN APA ?

INI HELAH ROSMAH

AMIN

SELASI 11 JULAI

PEGUAM ROSMAH

AKAN MINTA TANGGUH

DENGAN ALASAN

RAYUAN TELAH

DIBUAT

AMIN

TUNGGU KEPUTUSAN

RAYUAN DULU

AMIN

JIKA DITOLAK

AKAN TUDUH

BICARA TAK ADIL

AMIN

TAK CAYA SILA

TUNGGU 11 JULAI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: