Rabu, 12 Julai 2023

PEREMPUAN CHINA TIPU PM


Sekutu Jho Low ditahan polis


MENTERI Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail hari ini mengesahkan polis telah menahan bekas peguam 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Jasmine Loo Ai Swan Jumaat lepas bagi membantu siasatan isu penyelewengan dana syarikat berkenaan.

Beliau berkata Loo direman pada hari Sabtu, selepas ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, dan Loo melalui peguamnya menyatakan kesediaan untuk bekerjasama membantu siasatan polis dalam kes berkaitan 1MDB, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

“Loo akan membantu siasatan polis dan kerajaan Malaysia dalam kes 1MDB,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini, namun beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai tempoh reman Loo.

Pada 20 Januari lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak dua kereta mewah dan wang berjumlah RM22,600 milik Loo.

Loo dikatakan seorang daripada rakan sekutu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low yang turut terbabit dalam skandal kewangan 1MDB dan disenaraikan sebagai orang yang dikehendaki selepas melarikan diri dan tidak diketahui keberadaannya sehingga kini.

Pada 4 Disember 2018, Mahkamah Majistret mengeluarkan waran tangkap terhadap Jho Low, Loo, bekas pengarah eksekutif 1MDB Casey Tang Keng Chee, bekas pegawai 1MDB, Geh Choh Heng dan sekutu Jho Low, Eric Tan Kim Loong.

Waran tangkap itu dikeluarkan selepas mereka gagal hadir di mahkamah bagi menghadapi tujuh pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan 1MDB. – Bernama, 12 Julai 2023.


MASA NAJIB

JADI PM

PEREMPUAN CHINA

INI BERJAYA MENIPU

NAJIB

KAH KAH KAH

ADA APA APA KE

DENGAN 

PEREMPUAN INI

 JENG JENEG JENG

AMIN

ADA BERAPA EKOR

LAGI CHINA YANG

TIPU NAJIB

TAPI MASIH BEBAS

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: