Rabu, 12 Julai 2023

SANUSI BERCAKAP BENAR



Kalau tak cakap pasal Melayu, nak cakap pasal apa, soal Sanusi


KUALA LUMPUR: Pengarah Pilihan Raya Pas, i Muhammad Sanusi Md Noor mendakwa parti politik ibarat diikat kaki dan tangan mereka apabila dilarang bercakap isu 3R iaitu agama, kaum dan institusi diraja.

Menurutnya, parti politik seperti Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah parti orang Melayu, maka kalau tidak boleh bercakap perihal Melayu, isu apa lagi yang boleh dibicarakan.

Tambahnya, parti politik di Malaysia ditubuhkan berasaskan kaum dan isu sebegitu pastinya menjadi antara topik perbincangan.

“Bersatu, Pas, ini semua (parti) Melayu. Kalau tak cakap Melayu, nak cakap apa? Parti politik di Malaysia ini ditubuhkan berasaskan kaum.

“MIC untuk India, MCA untuk Cina, DAP untuk Cina,” katanya dalam program bual bicara Keluar Sekejap pada Selasa yang menampilkan Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan Sufian sebagai hos.

“Tetapi, DAP parti berbilang kaum,” celah Khairy.

“Itu dia kata... dia kata. Itu semua wayang saja. Jangan percaya itu. Pas Melayu, Islam. Jadi, kalau asas kepada penubuhan kita tak boleh cakap, kita nak cakap pasal apa?

“Saya rasa ini semua nak ikat kaki tangan kita. Dia ajak lawan, tetapi kita kena ikat. Ini tidak adil,” ujarnya.

Menteri Besar Kedah itu juga mendakwa isu 3R ada dalam Rukun Negara.

“Pertama, Kepercayaan Kepada Tuhan. Itu agama. Cuma jangan cakap perkara sensitif. Itu tidak boleh. Itu saya setuju. Itu isu 3R yang tidak boleh diungkapkan oleh sesiapa pun.

"Macam (Lim) Guan Eng (Ahli Parlimen Bagan) kata, kalau Pas menang, agama lain akan terancam. Itu tidak boleh cakap.

"Tetapi bagi Perikatan Nasional, bagi Pas, kita tak pernah kata macam itu,” ujarnya.

WOIT

SANUSI CAKAP

BETUL

AMIN

BANGSA AGAMA

RAJA DARI AWAL

JADI AGENDA

KAH KAH  KAH

AGENDA 

MELAYU ISLAM

TAK SALAH

AMIN

YANG PERLU

DI LAWAN

TALIBAN YANG

PAKSA MELAYU

JADI ARAB

AMIN

KHALAS


2 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Kok tak boley stori hal Molayu nak sori pasal apo .. STORI LAH PASAL THOLIBAN, coghito hal nurse makai baju kotat hinggo nampak alor pantek .. thopancot-pancot kaum Taliban nengok.

Tanpa Nama berkata...

oit tt..jgn jadi bangang sama dgn sanusi.buat malu boy london je.melayu boleh berckp bab ekonomi, bab perubahan iklim bab mengurangkan inflasi, bab mengurus air..dgr cerita abang sanusi ada rumah banglo jutaan ringgit..tukar tiub taknak jadi pemecah berita ke?