BERSATU JANGAN TERSILAP PERCATURAN
Isnin - 03/07/2023
1. Hari Raya Aidil Adha yang juga dikenali Hari Raya Haji atau Raya Korban mengingatkan kita peristiwa dimana ALLAH SWT menggantikan Nabi Ismail a.s. , anak Nabi Ibrahim a.s. dengan seekor kibas untuk disembelih
2. Itu adalah dugaan terlalu besar yang boleh dijadikan iktibar atau peringatan kepada kita semua
3. Jika dibandingkan , dugaan itu ianya jauh lebih besar dari HANYA ura - ura menamakan Azmin Ali sebagai POSTER BOY , yang sekelip mata mendapat berbagai reaksi negatif ; itu belum lagi sebagai calon dan Menteri Besar seterusnya
4. Azmin PASTI akan 'disembelih' sebaik sahaja pengumuman dibuat
5. Sudah pasti peristiwa kaum Nabi Lut a.s. akan dijadikan topik ceramah oleh Anwar dan rakan - rakan lain walaupun kita kenal dan tahu latar belakang Anwar itu sendiri MELAINKAN Azmin malah Mahiaddin sendiri 'bermain mata' dengan Anwar bagi menyelamatkan diri dari bertemu dengan Raja Perompak no. 1 Negara di Penjara Kajang
6. PN , gabungan BERSATU , PAS dan GERAKAN harus mengalusi perkara diatas sebelum :
NASI
MENJADI
BUBUR
kan kita selalu didendangkan :
DALAM
DUNIA
POLITIK
TIDAK
ADA YANG
MUSTAHIL
kerana politik adalah :
SENI
SEREBA
MUNGKIN
7. Perkara sebegini dimaklumkan telah pun berlaku iaitu pakatan antara Anwar dan Zahid Hamidi - Wallahhualam !!
8. Kalau Azmin cintakan Parti dan mahu melihat perubahan berlaku , maka jalan sebaik - baiknya Azmin bukan saja MENGUMUMKAN menarik diri sebagai Poster Boy dan Menteri Besar tapi juga menarik diri dari menjadi calon PN
9. Lagi pun BELUM TENTU beliau akan dipilih oleh Sultan Selangor yang biasnya mengkehendai 3 calon untuk pilihan Baginda
10. Seolah - olah masih dalam mimpi yang Azmin baru saja dikalahkan di Parlimen Gombak , kubu kuat beliau oleh Amirudin Shari dengan kelebihan 13,000 undi
11. Dimana saja kita berada , pengundi khususnya Orang Melayu sudah tidak sabar menuggu Pilihan Raya yang bakal diadakan pada bulan Ogos ini untuk MENOLAK PH - BN dan rakan setilam sebantal nya DAP
12. Hampir melahirkan anak yang dikandung , namum mereka masih 'HIDUP PAGI KAIS PAGI' ; segala janji Anwar tak ubah seperti :
MENANAM
TEBU
DI BIBIR
SAJA
13. Hassan Karim , peguam , rakan rapat dan Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Parti PKR dalam puasi nya bertajuk :
KU SIMPAN
REFORMASI
DALAM
PETI
adalah perasaan dan pandangan yang 'perfect' bagi menggambarkan Anwar , PMX
14. Angin perubahan sudah pun bertiup ; biarlah PH - BN terus membuat janji - janji baru nya namun PN dan Azmin JANGAN LAH melakukan kesilapan atau silap percaturan jika benar - benar mahu melihat perubahan kuasa
15. Peluang mengambil alih kepimpinan Negeri Sembilan itu ada namun masing - masing Ketua Bahagian BERSATU JANGAN terlalu angkuh menjadikan diri sebagai calon
16. Mahiaddin pula harus juga mengalah dan mendengar pandangan dan nasihat semua
17. Inilah masa dan peluang yang ada jika mahukan perubahan
JANGAN
SEBAB
SETITIK
NILA
ROSAK
SUSU
SEBELANGA
18. Fikirkan lah pandangan , nasihat dan teguran ikhlas saya ini
Wassalam
Teriam Kasihi
1 ulasan:
Tamrin tu sapooo.... Saudara Azam Baki keerr....!?
Catat Ulasan