Khamis, 10 Ogos 2023

BAHAYA !!! MELAYU TIDAK SOKONG PAKATAN




Tinjauan dapati responden di negeri pembangkang tidak yakin dengan Anwar

PENDUDUK di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, dan pemerintahan pembangkang Perikatan Nasional (PN) di Kedah, Kelantan dan Terengganu berbeza pendapat berhubung kerajaan perpaduan persekutuan dan dasar Malaysia Madani, menurut dapatan tinjauan Ilham  Centre.

Tinjauan badan penyelidikan bebas mengenai penerimaan  kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim dan dasar utamanya di enam negeri yang bakal mengadakan pilihan raya negeri mereka, mendapati 58% daripada responden tidak berpuas hati dengan prestasi perdana menteri dengan orang Melayu – 76% – satu-satunya kaum yang tidak berpuas hati dengannya.

Tinjauan mendapati 88% Cina, 81% India dan 75% kumpulan etnik lain berpuas hati dengan prestasi Anwar.

Pecahan mengikut negeri, responden di negeri yang diperintah pembangkang sebahagian besarnya tidak berpuas hati dengan prestasi beliau – 73% di Kedah, 79% di Kelantan dan 90% di Kelantan.

Seperti dijangkakan, maklum balas daripada negeri diperintah PH adalah lebih positif dengan 70% responden di Pulau Pinang berkata gembira dengan prestasi Anwar setakat kini, 62% di Selangor dan Negeri Sembilan.

Mengenai persoalan sama ada negara berada di landasan yang betul di bawah pimpinan Anwar, 59% daripada responden berkata “Tidak”.

Di Kedah, 72% daripada mereka berkata “Tidak”, 80% di Terengganu dan hampir kesemua responden – 93% – di Kelantan.

Sekali lagi ia adalah maklum balas yang bertentangan di negeri diperintah PH dengan 69% di Pulau Pinang, Selangor (63%) dan Negeri Sembilan (56%) mengatakan negara berada di landasan yang betul di bawah Anwar.

Tinjauan itu juga mendapati 60% responden tidak percaya Anwar mampu mengembalikan kepercayaan dan keyakinan orang Melayu terhadap kerajaan persekutuan.

Sebanyak 78% responden Melayu berkata beliau tidak akan berjaya tetapi orang Cina (87%), India (77%) dan etnik minoriti lain (75%) berpendapat sebaliknya.

Mengikut negeri, 75% responden di Kedah, 94% di Kelantan dan 81% di Terengganu sepakat yang Anwar tidak akan dapat meyakinkan orang Melayu untuk menyokong kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, di tiga negeri PH, Pulau Pinang (68%), Selangor (74%) dan Negeri Sembilan (59%) berkata beliau boleh. – 10 Ogos, 2023.





WOIT

INI MAKNANYA

KEDAH KELANTAN

TERENGGANU

UNTUK PN

AMIN

PENANG

SAH UNTUK

PAKATAN

AMIN

SELANGOR 

PAKATAN

AKAN HILANG

BEBERAPA KERUSI

AMIN

N. SEMBILAN

SAMA MACAM

SELANGOR

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bro tt...mana cai pemenang prn ni...ke tt dah hilang ketajaman ke tt dah tak berani ramal

Tanpa Nama berkata...

Baguslah begitu. Harap federal banyakkan peruntukan pada negeri Selangor,Penang Dan N9. Serta negeri perpaduan lain.