Khamis, 10 Ogos 2023

MELAYU TIDAK SOKONG ANWAR


Kajian dapati 42% responden di 6 negeri puas hati prestasi Anwar

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim memperoleh penilaian 42% bagi tahap kepuasan hati di enam negeri yang akan mengadakan pilihan raya negeri (PRN) pada Sabtu ini, kata badan pemikir Ilham Center.

Ia berkata walaupun Anwar mendapat penarafan populariti tinggi di tiga negeri dipegang Pakatan Harapan (PH), beliau bagaimanapun memperoleh penarafan lebih rendah di tiga negeri Perikatan Nasional (PN) yang lain.

Di Pulau Pinang, populariti Anwar berada pada 70% manakala Selangor dan Negeri Sembilan mendapat 62%.

Bagaimanapun penarafan menjunam di Kelantan (10%), Terengganu (21%) dan Kedah (27%).

“Ini membawa makna, pengundi di negeri-negeri pembangkang masih sangsi dengan segala usaha yang dilakukan oleh perdana menteri,” kata Ilham Center dalam satu kenyataan hari ini.

“Secara keseluruhan daripada enam negeri ini, jumlah yang berpuas hati dengan perdana menteri ialah 42%.”

Antara dapatan lain, sebanyak 41% daripada mereka yang disoal berkata negara berada di landasan yang betul di bawah Anwar sebagai perdana menteri.

Sebanyak 40% juga percaya Anwar boleh mengembalikan sokongan rakyat dan kepercayaan masyarakat Melayu kepada kerajaan, manakala 37% berkata mereka akan mengundi PH/Barisan Nasional kerana kepimpinan Anwar.

Tinjauan itu dijalankan dari 11 Julai hingga 27 Julai, melibatkan 2,416 responden dari enam negeri.

Ilham Center menegaskan hasil kajian itu tidak mencerminkan mood di seluruh negara tetapi hanya terhad kepada enam negeri yang menghadapi PRN.

Dari segi kaum, masyarakat Melayu menunjukkan tahap kurang memuaskan kepada perdana menteri iaitu 24%.

Paling tinggi adalah dalam kalangan masyarakat Cina (89%), India (81%) dan lain-lain 75%.

“Kaum bukan Melayu jelas menyokong usaha yang dilakukan dengan memberikan penilaian positif kepada perdana menteri dan kerajaan namun sebaliknya kaum Melayu memberikan kadar kepuasan hati yang sederhana,” kata Ilham Center. – 10 Ogos, 2023.



KUNCI POLITIK

TANAH  MELAYU

IALAH MELAYU

AMIN

JIKA MELAYU

TAK SOKONG

 MAKA

POLITIK NEGARA

AKAN BERUBAH

AMIN 

JELAS MELAYU

MASIH SANGSI

DENGAN SAPA

ANWAR & PRESTASI

KERAJAAN PUSAT

AMIN

DITAMBAH PULA

DG PROPAGADA

AMIN

INI MEMBAWA

 MUDARAT

PADA KERAJAAN

NEGERI

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Perhh. Dah jadi promelayu.Dulu bukan main.