Selasa, 31 Oktober 2023

MADEY TAK NAK JADI YB



Walau didesak dan dipujuk, Dr Mahathir tidak minat bertanding PRK Kemaman

DR Mahathir Mohamad menolak untuk dicalonkan bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) kawasan Parlimen Kemaman biarpun ada banyak desakan dan pujukan daripada beberapa pemimpin kumpulan Melayu, dedah dua sumber yang rapat dengan bekas perdana menteri.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Kemaman mengundi semula pada 2 Disember dengan proses penamaan calon pada 18 November susulan keputusan mahkamah bulan lalu membatalkan kemenangan calon PAS semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sumber pertama memberitahu The Malaysian Insight, Dr Mahathir langsung tidak berminat untuk bertanding dalam pilihan raya lagi kerana faktor usia.

Dr Mahathir kini berumur 98 tahun.

“Dalam dua mesyuarat lepas apabila kita tanya beliau, memang Dr Mahathir memberi jawapan tidak berminat untuk bertanding semula.

“Dr Mahathir merasakan masanya sudah lepas dan sudah semakin berumur. Beliau takut tidak boleh memberi prestasi yang baik dengan usianya yang semakin lanjut,” kata sumber yang bercakap kepada The Malaysian Insight dengan syarat tidak dinamakan.

Jelas sumber, Dr Mahathir pada masa ini mahu fokus sepenuhnya untuk membantu membangunkan empat negeri – Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu – selepas dilantik sebagai penasihat kepada empat kerajaan negeri Perikatan Nasional (PN) yang diterajui PAS.

“Fokus Dr Mahathir sekarang nampak untuk cenderung bangunkan empat negeri yang ditadbir PN

“Memang beliau begitu bersungguh mahu majukan negeri PN setanding di pantai barat,” tambahnya.

Dalam pada itu, seorang sumber lain memberitahu The Malaysian Insight, Dr Mahathir “merayu” supaya tidak dicalonkan di Kemaman nanti.

“Tun (Dr Mahathir) merayu jangan calonkan dia… (katanya) dia sudah tidak larat,” kata sumber, yang juga enggan dinamakan.

Sumber kedua turut menyebut satu lagi alasan Dr Mahathir iaitu mahu memberikan tumpuan kepada hal-hal yang berkaitan antaranya empat negeri PN.

“Ada cadangan pelabur dari luar negara untuk empat negeri itu dan ada strategi yang Dr Mahathir mahu ditimbangkan,” tambahnya.

PAS sebelum ini menafikan laporan ia menimbang untuk mencalonkan Dr Mahathir bertanding di Kemaman.

Bercakap kepada pemberita di luar Muktamar PAS ke-69 di Shah Alam baru-baru ini, Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata laporan itu “tidak munasabah”.

Bukan cadangan Proklamasi Orang Melayu

Sementara itu, sumber pertama menafikan cadangan mendesak dan memujuk Dr Mahathir bertanding adalah gerakan daripada kumpulan Proklamasi Orang Melayu, sebaliknya datang daripada rakan-rakan seperjuangannya.

“Ia bukan idea daripada kumpulan Proklamasi Orang Melayu tetapi permintaan daripada rakan rakan politiknya.

“Mereka yang mahu Dr Mahathir bertanding. Mereka mahu beliau kembali ke Parlimen. Suara Dr Mahathir di Parlimen sangat diperlukan, sekurang- kurangnya untuk satu hingga dua tahun ini.

“Namun sayangnya Dr Mahathir memang nampak sangat tidak berminat untuk bertanding semula,” katanya.

Dr Mahathir gagal mempertahankan kerusinya Langkawi pada PRU15 serta kalah teruk apabila meraih tidak sampai 10% undi dan hilang wang pertaruhan.

Ini adalah kali pertama Dr Mahathir kalah pilihan raya sejak1969 dan yang kedua dalam sejarah politiknya bertanding 11 pilihan raya.

Pada PRU15, gabungan pimpinannya Gerakan Tanah Air (GTA) juga gagal menang satu kerusi pun baik di peringkat Parlimen mahupun negeri.

Kemaman mengundi semula selepas Hakim Anselm Charles Fernandis membatalkan pilihan raya 19 November 2022 kerana wujud sogokan kepada pengundi.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan pihak yang terlibat dengan rasuah semasa pilihan raya di Kemaman pada PRU15. – 31 Oktober, 2023.
 

KINI MADEY

KERJA BERI

PANDANGAN

AMIN

TAK PERLU ADA

KERUSI

KAH KAH KAH

TAKDA KERUSI PUN

MASIH JADI

RUJUKAN DALAM

DAN LUAR NEGARA

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Empat negeri akan cemerlang, tak ada Ananda Krishnan, tak ada Lim Gait Tong, tak ada Ting Pek King, tak ada tak ada semuanya orang-orang kita saja, senang ikut budaya senang ikut jalan cara halal maju sakan nanti kah kah kah tak ada tauke balak tak ada tauke judi tak ada tauke casino kah kah kah syukur alhamdulillah

panglimo potaseh berkata...

Tun Kutti Kerala masih trauma dgn hilang wang pertaruhan di Langkawi .. habis sebulan gaji dia.. Tun tewas dgn chalon yang pantang tengok kerbau pakai seluar pendek .. kahkahkah .. tuckbEEr