Selasa, 31 Oktober 2023

ZIONIS MAHU PERANG BERTERUSAN


Netanyahu tolak gencatan senjata di Gaza


PERDANA Menteri Benjamin Netanyahu semalam berkata gencatan senjata dalam perang Israel terhadap Hamas “tidak akan berlaku”, ketika PBB memberi amaran bantuan tidak mencukupi untuk membantu keperluan kemanusiaan di Gaza.

Tentera darat Israel kini masuk menyerang di dalam semenanjung Gaza dan serangan udara berterusan di wilayah Palestin dikawal Hamas yang dikepung Israel.

Serangan terbaru itu susulan kebangkitan serangan dilakukan Hamas pada 7 Oktober – merekodkan 1,400 maut dan dikatakan ia jumlah kematian Yahudi paling ramai dalam sejarah Israel.

Operasi ketenteraan yang semakin meningkat membimbangkan 2.4 juta penduduk di Gaza, di mana kementerian kesihatan berkata lebih 8,300 rakyat Palestin terkorban sejak 7 Oktober.

Dalam satu taklimat ringkas kepada media, Netanyahu berkata gencatan senjata akan hanya dilakukan jika Hamas menyerah diri.

“Gesaan gencatan senjata adalah gesaan untuk Israel menyerah kepada Hamas, untuk menyerah kepada keganasan..ini tidak akan berlaku,” katanya, menambah Israel akan melawan hingga menang perang itu.

Sekutu Israel iaitu Amerika Syarikat (AS) juga membantah gencatan senjata.

“Kami tidak percaya gencatan senjata adalah jawapan terbaik untuk masa ini,” kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS John Kirby.

Dengan tentera Israel berlawan dengan pejuang Hamas di dalam wilayah Palesti yang kecil dan menghantar kereta kebal di pinggir semenanjung Gaza, ia bakal menyebabkan krisis kemanusiaan yang lebih dahsyat.

Kirby berkata Washington “yakin” jumlah trak bantuan ke Gaza menerusi sempadan Rafah di Mesir boleh mencecah 100 sehari.

Setakat hari ini, bantuan kemanusiaan ke Gaza dari Mesir di bawah rundingan dianjurkan AS sangat terhad, di mana ia tidak mencukupi untuk menampung keperluan penduduk Gaza pada masa ini. – AFP, 31 Oktober, 2023.

KALAU ENGGAN

BERDAMAI

MAKA MARI

KITA BERPERANG

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kah kah banyak pagi peluru nak habis tempoh kena guna semua supaya ada orang bayar, kayalah industri senjatapi kita pun asyik beli dengan orang luar, ada buat sendiri tak? Saja tanya janganlah marah

panglimo potaseh berkata...

Mat Sabu, Rafizi pun nak perang berterusan .. perang boley kaver isu telor, beras .. tukaran duit .. PtPTN, toll kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

bila PAS PN nak keluarkan sijil syahid? sebang deras macam madey memali..lu sakai kalo mati pun bukan dpt syahid pun, tapi dpt dom perignon dlm syurga sakai..