Sabtu, 18 November 2023

AGUS DIPERANGKAP


Saya diperangkap – Dr Agus

BANGI – Bekas Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, dirinya diperangkap ekoran penularan videonya dengan Penolong Pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Karim.

Jelasnya lagi, video yang tular semalam didakwa disunting dengan tujuan untuk menjatuhkan imejnya.

“Saya ingin katakan bahawa video itu suatu yang doctored, satu yang edited (disunting), saya yang diframe (diperangkap),” katanya pada sidang media malam ini di sebuah hotel di Bandar Baru Bangi malam ini.

Oleh yang demikian, Agus berkata, pihaknya telah membuat satu laporan polis petang tadi di Kajang.

Malah beliau akan menghantar surat tuntutan undang-undang kepada pihak yang menyebarkan video yang sama.

“Kita telah belajar bagaimana seseorang itu dijatuhkan dengan tuduhan seksual dan ini berlaku kepada saya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Mohammad Agus turut mengesahkan dua individu dalam video tular berkenaan adalah dirinya dan Wahab.

“Dialah yang bersama saya dalam video itu di sebelah Wahab,” katanya.

Dalam pada itu, Mohammad Agus mendakwa video perbualan songsang yang dikaitkan dengan kedua-dua mereka adalah komplot dilakukan seorang individu bergelar Mr. H untuk menjatuhkan kredibiliti beliau.

“Apa yang hendak saya katakan, (kandungan audio dalam) video itu pertamanya saya nafikan,” katanya.

Beliau berkata, tindakan itu dilakukan pihak tertentu yang sengaja mahu menjatuhkan reputasi beliau dengan menyebarkan video yang didakwanya sebagai palsu.

Dalam pada itu, Mohammad Agus menyedari hakikat ada pihak yang tidak senang dengan beliau dan jawatan yang disandangnya dalam J-KOM.

Sementara itu, beliau mengakui mengenali individu yang disenaraikan Abdul Wahab namun enggan mendedahkan dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

“Saya kenal nama-nama yang disenaraikan oleh Wahab tapi saya rasa tidak wajar untuk kita mendedahkan nama-nama mereka yang terlibat sebaliknya akan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan perkara yang perlu,” katanya. – 

WOIT

AGUS BUKAN

TIKUS

KENAPA PERLU

DI PERANGKAP

KAH KAH KAH

WAHAB JADI

UMPAN 

KAH KAH KAH

APAKAH ADA

PROJEK  BESAR

KAH KAH KAH

SAPA SOSOK

H H H

KAH KAH KAH

HALIMAH

HASNAN

HASHIM 

HARUN

ATAU HISHAM

KAH KAH KAH

KHALAS




Tiada ulasan: