Sabtu, 18 November 2023

GUGUR SEORANG PANGLIMA


PRK Kemaman: BN yakin kredibiliti calon ditawarkan, kata Azalina

BARISAN Nasional (BN) yakin dengan kredibiliti calon ditawarkan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman sekali gus tidak tergugat dengan keputusan PAS meletakkan Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calonnya.

Ketua Penerangan Umno Azalina Othman Said berkata calon BN iaitu bekas Panglima Angkatan Tentera Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor adalah yang terbaik kerana beliau orang Kemaman.

“Saya yakin dengan perwatakan, pengalaman dan kerjaya beliau, kita di BN menawarkan seorang yang akan memberi khidmat kepada BN dan pengundi di Kemaman.

“Bagi saya bila nak memilih Ahli Parlimen keutamaan kepada calon adalah orang yang boleh memberi perkhidmatan dan saya yakin calon kita tawarkan akan memberi fokus kepada pengundi Kemaman sebagai agenda utama perjuangannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan bersama jentera Penerangan Umno Terengganu di Kemaman hari ini.

Dalam pada itu Azalina yang juga ahli Parlimen Pengerang turut mencabar Samsuri meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar sekiranya beliau betul-betul ikhlas mahu mewakili dan berkhidmat untuk penduduk Kemaman sebagai Ahli Parlimen.

“Dalam sistem Westminster, memilih calon yang tidak memberi perkhidmatan sebab beliau (selalu) di luar kawasan, yang rugi adalah orang di kawasan itu.

“Kalau beliau yakin saya nak cabar beliau hari ini letak jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu, fokus kepada Parlimen Kemaman, lawan satu dengan satu, baru adil,” katanya.

Semalam PAS mengumumkan Ahmad Samsuri sebagai calon parti itu bagi mempertahankan kerusi Parlimen Kemaman pada PRK yang dijadualkan bermula esok dengan penamaan calon dan 2 Disember ini bagi hari mengundi.

PRK berkenaan perlu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lepas membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). – Bernama, 17 November, 2023.

WOIT

PANGLIMA AKAN

JADI ULAM

KAH KAH KAH

KENAPA ROSAKAN

PANGLIMA KITA NI

AMIN

PATUT BERI DIA

KAWASAN SENANG

MENANG SEPERTI

PORT DIKSON ATAU

BAGAN DATUK

KAH KAH KAH

KESIAN PANGLIMA

INI AKAN JADI 

ULAM HANYA 

DENGAN NIAT

NAK KURANGKAN

UNDI

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: