Ahad, 31 Disember 2023

DARI MEDAN TEMPUR


ALL IN FOR

 KHAN YOUNIS 

PALESTINE LAST STAND


Pengarah Al Jazeera Palestin, Walid Al Omari memaklumkan 30,000 anggota Pegawai dan Tentera Israel terlibat dalam operasi menawan Khan Younis, Gaza ketika ini. Berdasarkan laporan ini kira kira 30 peratus dari keseluruhan Tentera Israel yang terlibat di Gaza beroperasi di Khan Younis. Seramai 100,000 Tentera Israel terlibat dalam operasi di Gaza

Media Israel melaporkan sekitar 6 Briged IDF terlibat dalam operasi menawan Khan Younis. IDF juga berazam mahu menawan Khan Younis kerana mereka percaya bahawa kepimpinan kanan Hamas sedang berada di Khan Younis. Tempat lahir Mohammed Al Deif dan Yahya Sinwar juga di Khan Younis. Khan Younis ialah bandar utama di Selatan Gaza selepas Rafah menjadikan ia kawasan amat penting untuk perang kali ini

Dilaporkan Briged Al Qassam menghantar pasukan terbaiknya untuk mempertahankan Khan Younis

Pasukan Pejuang Palestin terdiri daripada Briged Seraya Al Quds, Briged Mujahidin, Briged Abu Ali Mustafa,  Briged Syahidin Fil Quds dan Briged Nasser Salah Ad Din sedang membantu Briged Al Qassam mempertahankan Khan Younis 

Pertempuran ketika ini tertumpu di kawasan Timur, Selatan Khan Younis dan Pusat Bandar Khan Younis

Semoga Allah memberikan kejayaan kepada Palestin

Kredit: Marchforward
t.me/hadispalestin
.

Tiada ulasan: