Ahad, 31 Disember 2023

ZIONIS GAGAL MUSNAH HAMAS


Perang Gaza akan berlarutan berbulan-bulan, kata Netanyahu


PERDANA Menteri Israel Benjamin Netanyahu semalam berkata perang Israel terhadap Hamas akan berlangsung “berbulan-bulan” apabila beliau memperbaharui ikrarnya untuk menghapuskan kumpulan pejuang Palestin dari Gaza.

Beliau yang bersumpah untuk membawa pulang semua warga Israel yang masih menjadi tebusan di Gaza, berkata tentera terlibat dalam “perjuangan yang rumit” dan memerlukan masa untuk mencapai matlamatnya.

“Perang akan berterusan selama beberapa bulan sehingga Hamas dihapuskan dan tebusan dikembalikan,” kata Netanyahu pada satu sidang akhbar.

“Kami akan memberi jaminan bahawa Gaza tidak akan lagi menjadikan ancaman kepada Israel,” katanya, sambil menambah kira-kira 8,000 pejuang Palestin terbunuh dalam kempen ketenteraan Israel di wilayah itu.

“Selangkah demi selangkah kami melucutkan keupayaan Hamas… Kami juga akan menghapuskan para pemimpinnya.”

Perang antara Israel dan Hamas meletus selepas pejuang Hamas melakukan serangan ke atas Israel selatan pada 7 Oktober yang mengorbankan kira-kira 1,140 orang, menurut pengiraan AFP berdasarkan angka Israel.

Pengantara antarabangsa - yang pada bulan lalu menjadi perantara gencatan senjata selama seminggu yang menyaksikan lebih 100 tebusan dibebaskan dan beberapa bantuan memasuki Gaza - meneruskan usaha mereka untuk mendapatkan jeda baharu dalam pertempuran.

Agensi berita AS Axios dan laman web Israel Ynet, kedua-duanya memetik pegawai Israel yang tidak dinamakan, melaporkan bahawa pengantara Qatar telah memberitahu Israel bahawa Hamas bersedia untuk menyambung semula rundingan mengenai pembebasan tebusan baharu sebagai pertukaran untuk gencatan senjata.

Apabila ditanya sama ada perjanjian baharu untuk pembebasan tebusan sedang dirundingkan, Netanyahu berkata Hamas telah “memberi semua jenis kata dua yang kami tidak terima”.

“Kami melihat perubahan tertentu (tetapi) saya tidak mahu menimbulkan jangkaan,” katanya tanpa mengulas lanjut.

Satu delegasi Hamas berada di Kaherah pada Jumaat bagi membincangkan rancangan Mesir untuk gencatan senjata, pembebasan berperingkat tebusan untuk tahanan Palestin dan akhirnya menamatkan perang, kata sumber yang rapat dengan Hamas.

Semalam, ratusan penunjuk perasaan Israel berhimpun di Tel Aviv, menuntut kerajaan membebaskan tebusan.

“Bawa mereka pulang sekarang,” laungan penunjuk perasaan, lapor wartawan AFP.

“Perkara paling menakutkan di Gaza adalah untuk dilupakan,” kata Moran Stela Yanai, salah seorang tebusan yang dibebaskan semasa gencatan senjata bulan lalu.

“Perkara paling berperikemanusiaan yang boleh dilakukan… ialah membawa semua orang pulang,” katanya kepada perhimpunan itu.

Serangan tanpa henti Israel ke atas Gaza setakat ini telah membunuh sekurang-kurangnya 21,672 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut kementerian kesihatan di Gaza yang dikendalikan Hamas. – AFP, 31 Disember, 2023.

INI MAKNANYA

GERILA HAMAS

AL-QASSAM

DAN

ISLAMIK JIHAD

MASIH  BERSEDIA

BERTEMPUR

AMIN

INI TANDA ZIONIS

GAGAL MEMUSNAH

HAMAS

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: