Isnin, 1 Januari 2024

BERITA BAIK


Jumlah mangsa banjir tiga negeri terus menurun


KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir di tiga negeri terus mencatatkan penurunan dengan hanya 1,122 orang masih ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) tengahari tadi.

Ia berbanding 1,483 orang di 15 PPS pada sebelah pagi.

Laporan terkini kejadian bencana di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menunjukkan, jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 1,034 orang yang berada di sembilan PPS.

Menurut laporan itu, PPS di Kelantan merangkumi enam di Tumpat yang menempatkan 744 orang, dua di Pasir Mas (274) dan satu di Kuala Krai (16).

Di Pahang, bilangan mangsa banjir kekal 34 orang yang berlindung di dua PPS di Maran, manakala 87 mangsa insiden tanah runtuh di Cameron Highlands kekal berada di sebuah PPS.

Jumlah mangsa banjir di Johor pula tidak berubah dengan 54 orang masih berada di dua PPS di Segamat setakat 12 tengahari tadi. – 


MENUNGGU

KERING

AMIN

TAPI AWAS

LEPAS BANJIR

MUSIM PANAS

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini la manusia, banjir marah, tiada banjir dikatakan kemarau..sibuk jaja buku katak hijau membuat langkah dubai, langkah ilham, last2 langkah masuk sungai buluh kata zunar.takkan lu tak kenal zunar, dekat je opis zunar dgn umah banglo lu...

Tanpa Nama berkata...

berita baiknya apabila mati syahid jadi mati katak menurut haji mahatir diperakui oleh haji hadi dan disaksikan oleh dr samsuri sayang isteri jual tanah murah2..sewa rumah dah bayar belum??