Isnin, 1 Januari 2024

FATWA LEBAI KIT SIANG

 



Kedudukan Islam di Malaysia tidak terancam – Kit Siang


KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang menafikan kedudukan Islam di negara ini dalam keadaan terancam.

Sebaliknya, menurut beliau, yang terancam adalah perpaduan nasional dan kestabilan politik dalam sebuah negara yang berbilang etnik, agama, budaya dan tamadun.

“Kerana inilah Yang di-Pertuan Agong telah mencadangkan supaya Kerajaan Perpaduan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), di mana cadangan ini telah ditolak oleh Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dari Perikatan Nasional (PN),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kit Siang menambah, dalam tahun pertamanya, Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa bertarung demi kelangsungan hidupnya.

Beliau berkata, ia adalah kerana Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat yakin bahawa Gelombang Hijau yang dicetuskan PN dalam PRU15 mampu menumbangkan Kerajaan Perpaduan dan ia dijangka berlaku selepas enam pilihan raya negeri (PRN) Ogos lalu.

“Namun, Gelombang Hijau ini gagal untuk membesar menjadi tsunami dalam enam PRN.

“Walaupun ia masih menjadi satu perkara yang tidak boleh dipandang kecil seperti yang ditunjukkan dengan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman,” jelasnya.

Sehubungan itu, Kit Siang menyeru kepada semua pihak menjadikan 2024 sebagai tahun untuk memperkukuhkan perpaduan nasional dan kestabilan politik.

“Pada masa yang sama, marilah kita jadikan 2024 juga satu tahun di mana Malaysia berjaya melaksanakan reformasi untuk menghentikan kemerosotan yang disaksikan negara dalam suku dekad yang lepas agar kita menjadi sebuah negara yang hebat di dunia,” katanya. – 

LAGI BANYAK

FATWA DARI

LEBAI KIT SIANG

LAGI RAMAI 

ORANG MELAYU

YAKIN ADA

AGENDA JAHAT

TERHADAP MELAYU

DAN ISLAM

AMIN

LAGI  KERAP

LEBAI KIT

BERFATWA

LAGI RAMAI PAS

DAPAT SOKONGAN

AMIN

LEBAI KIT SIANG

JADI AJEN TERBAIK

PARTI PAS

KAH KAH KAH

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

gua fikir, elok lu jadikan lim kit siang sebagai agen megolah persetujuan agar anwar dijatuhkan..sosok kit siang ini sesuai utk lu jadikan alat..gua yakin, kalo PAS memerintah, lu pun tak suka kalo dilarang minum tiger beer di kedai china merah..