Isnin, 1 Januari 2024

HIMPUNAN SEJUTA SOKONG PALESTIN


Kepung Demi Palestin tekad terus kecam kekejaman Israel

KUALA LUMPUR – Selepas enam enam hari, Himpunan Kepung Demi Palestin telah melabuhkan tirainya di malam ambang tahun baru malam tadi.

Seramai lebih kurang 100 aktivis dari pelbagai negeri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), gerakan mahasiwa dan parti politik bermalam di kawasan sekitar Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini sejak 26 Disember lalu.

Himpunan berkenaan sepakat menyeru supaya gencatan senjata serta-merta yang kekal di seluruh bumi Palestin.

Sekretariat Solidariti Palestin, Tian Chua ketika membacakan deklarasi himpunan berkata, peserta  mahu sistem apartheid di semua wilayah jajahan Palestin ditamatkan selain menghentikan pembersihan etnik terhadap rakyat Palestin.

“Keamanan dan penyelesaian yang adil dan berkekalan untuk semua di Palestin. Mulai hari ini, tanggal 1 Januari 2024 dan setiap hari selepas ini kami teguh berdiri dalam bersolidariti dengan rakyat Palestin.

“Kami tidak berganjak dari komitmen kami untuk perjuangan dan akan terus meningkatkan usaha kempen kami.

Demi mencapai keamanan, keadilan, keselamatan dan maruah untuk Palestin yang berdaulat,” katanya.

Tepat jam 12.01 tengah malam tadi, peserta himpunan melaungkan “Free Palestin”, “From the rover to the sea Palestin will be free” sebelum bersurai. –


JANGAN LUPA

24/2/2024

HIMPUNAN SEJUTA

SOKONG PALESTIN

KHALAS

Tiada ulasan: