Isnin, 1 Januari 2024

HAK UNTUK BERHIMPUN - FASAL 10 PERLEMBAGAAN



Polis dalam proses ambil keterangan penganjur piket 'Kepung Demi Palestin

POLIS masih dalam proses mengambil keterangan penganjur piket ‘Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin’ bagi membantu siasatan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua Polis Kuala Lumpur Allaudeen Abdul Majid berkata sebaik proses mengambil keterangan selesai, kertas siasatan akan dilengkapkan sebelum diserahkan kepada pejabat timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.

“Piket yang diadakan selama enam hari itu keseluruhannya berlangsung secara terkawal dan penganjur memberikan kerjasama kepada polis,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sebelum ini Allaudeen berkata pihak polis bersimpati dan menyokong perjuangan rakyat Palestin, namun mereka bertanggungjawab untuk memastikan ketenteraman awam dan keselamatan perwakilan asing di negara ini.

Beliau berkata piket ‘Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin’ itu tertakluk kepada Akta Perhimpunan Aman 2012 dan menjadi tanggungjawab polis untuk memastikan keselamatan perhimpunan terbabit.

Piket itu ialah inisiatif warga Malaysia yang peduli dengan krisis di Gaza yang telah mengorbankan kira-kira 21,822 rakyat Palestin setakat 31 Disember lepas, selain sebagai tanda kecintaan kepada keamanan.

Solidariti berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat itu sebagai simbolik pengepungan terhadap Gaza dan ia juga bagi menuntut supaya pembunuhan terhadap rakyat Palestin dihentikan serta mendesak supaya gencatan senjata dilaksanakan segera.

Himpunan itu membabitkan sebanyak 48 badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada organisasi masyarakat, pertubuhan pemuda dan pelajar serta kelompok politik daripada pelbagai spektrum.

Antara NGO yang mengambil bahagian ialah Majlis Perundingan Islam Malaysia, Viva Palestina Malaysia, Yayasan Al Quds Malaysia, Suara Rakyat Malaysia dan Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine. – Bernama, 1 Januari, 2024.

SOKONG ATAU

TAK SOKONG

PALESTIN

AMIN

INI YANG

RAKYAT NAK TAHU

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: