Rabu, 31 Januari 2024

INDUSTRI TISU


Pengutip derma, pengemis warga asing mewah peroleh RM10,000 sebulan


ISKANDAR PUTERI: Tujuh pengutip derma dan pengemis warga asing termasuk tiga orang kurang upaya (OKU) mampu memperoleh sehingga RM10,000 sebulan dengan meraih simpati umum.

Walau bagaimanapun, kegiatan mereka tidak bertahan apabila dicekup Jabatan Imigresen negeri ini dalam Op Bersama di sekitar pasar malam Gelang Patah, di sini semalam.

Pengarahnya, Baharuddin Tahir berkata, operasi pada pukul 6.30 petang itu dijalankan susulan aduan awam berkaitan kegiatan dan kewujudan pengemis serta peminta derma warga asing di pasar malam tersebut.

Kesemua yang ditahan terdiri daripada warga Kemboja, Thailand dan Indonesia berusia antara 34 hingga 63 tahun.

“Pengutip derma warga asing itu menggunakan alasan membiayai sekolah tahfiz atau institusi keagamaan, manakala pengemis menggunakan kecacatan anggota badan untuk meraih simpati.

“Penahanan mereka membuktikan ada dalam kalangan mereka yang meraih pendapatan sehingga RM300 sehari atau RM10,000 sebulan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Baharuddin berkata, operasi dijalankan Bahagian Penguatkuasaan agensi itu bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ). 

TIga lelaki OKU warga Kemboja dan dua lelaki Thailand ditahan ketika sedang mengemis di pasar malam tersebut.

“Selain itu, seorang lelaki dan wanita warga Indonesia turut ditahan ketika anggota imigresen melakukan pemeriksaan di sekitar gerai,” katanya. – 



BULAN PUASA

LAGI RAMAI 

AKAN MUNCUL

AMIN

INI INDUSTRI

JUAL TISU

AMIN

DUDUK DI WARUNG

TERBUKA PASTI

4 ATAU 5  PASUKAN

JUAL TISU AKAN

SAMPAI SILIH

BERGANTI

AMIN

INI DAH JADI

INDUSTRI YG

TAK BERDAFTAR

KAH KAH KAH

HANYA SATU

WILAYAH TANPA

INDUSTRI TISU

IAITU BRICKFEILD

KAH KAH KAH

AMIN

UNTUK MAKAN

TANPA GANGGUAN

SILA DATANG

KE BRICKFEILD

KHALAS

Tiada ulasan: