Rabu, 31 Januari 2024

LANGKAH KERAJAAN YANG BIJAK


Rakyat diajak beri pandangan, cadangan mengenai pertahanan negara

KUALA LUMPUR – Rakyat dijemput untuk memberikan pandangan dan cadangan mengenai pertahanan negara.

Pandangan dan cadangan tersebut akan dimasukkan ke dalam Kajian Separuh Penggal Kertas Putih Pertahanan (KPP).

KPP merupakan dokumen menetapkan hala tuju kerajaan bagi melindungi kepentingan negara dan mempertahankan kedaulatan serta keutuhan wilayah.

Dokumen tersebut menetapkan satu kajian separuh penggal perlu dilaksanakan menjelang tahun 2025 untuk menilai pencapaian pelaksanaan KPP serta membuat penambahbaikan bagi meneruskan pelaksanaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13).

Kajian Separuh Penggal KPP perlu dilaksanakan bagi mengambil kira perkembangan geopolitik yang banyak berubah sejak dokumen itu diluluskan pada 2019 yang memberi kesan kepada Malaysia khususnya dan dunia amnya.

Perkembangan geopolitik yang banyak berubah sejak KPP diluluskan antaranya adalah kesan pandemik Covid-19, perubahan iklim, peperangan Ukraine-Rusia, ketegangan di Selat Taiwan dan perjanjian antara Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat (AUKUS).

Perkembangan isu dan cabaran keselamatan tersebut memerlukan satu pendekatan yang ditambahbaik dalam memastikan Malaysia kekal selamat, berdaulat dan makmur.

Kajian Separuh Penggal KPP akan menggunakan pendekatan Whole Government, Whole of Society (WoGoS)

Ia bagi memastikan pandangan dan maklum balas semua pihak berkepentingan di ambil kira dalam merangka hala tuju pertahanan negara bagi tempoh separuh penggal berikutnya dari tahun 2026 hingga 2030 selari dengan RMKe-13.

Bagi mereka yang mahu menyampaikan pandangan dan cadangan boleh berbuat demikian melalui portal Kajian Separuh Penggal KPP di alamat kspkpp.mod.gov.my atau seperti di Kod QR yang tertera. – 

LANGKAH BAIK

WAJIB DISOKONG

AMIN

NEGARA INI

BUKAN MILIK BN

BUKAN MILIK PH

BUKAN MILIK PN

MILIK KITA SEMUA

AMIN

MAKA KITA WAJIB

SAMA PERTAHANKAN

NEGARA KITA INI

AMIN

MUSUH LUAR

MUSUH BERSAMA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: