Rabu, 31 Januari 2024

PAS BOLEH JADI PM



Gerakan boleh terima

 jika calon Pas jadi PM
KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) boleh menerima calon daripada Pas untuk diangkat sebagai Perdana Menteri sekiranya Perikatan Nasional (PN) diberi mandat oleh pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) akan datang.

Presiden Gerakan,  Dr Dominic Lau Hoe Chai  melihat Pas tidak lagi menyentuh perkara-perkara yang membabitkan kaum bukan Melayu dan bukan Islam dan ia merupakan satu perkara yang baik.

Perkara itu kata beliau dinyatakan sendiri oleh Presiden Pas, i Abdul Hadi Awang pada Muktamar parti itu pada tahun lepas.

“Perhimpunan agung tahunan tahun lepas (Muktamar Pas) Tok Guru (Abdul Hadi) sebagai presiden telah menegaskan bahawa mereka akan fokus kepada bukan Melayu dan bukan Islam.

“Memang dalam ucapannya dia mintak Gerakan beri tumpuan untuk Gerakan dapatkan sokongan undi bukan Islam…ini merupakan tanda yang baik bahawa Pas sudah tahu bahawa negara kita bukan Melayu sahaja, ada bukan Melayu bukan Muslim, ada Cina, ada India, ada Orang Asli.

“Yang kedua saya pun ada terdengar daripada Pas, mereka ada buat pemukiman untuk menjadikan Pas sebagai pilihan yang utama sekali bagi pengundi-pengundi di Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum, berbilang agama dan berbilang budaya.

“Oleh itu, bila ada hala tuju seperti ini, maksudnya Pas jika ada pemilihan atau cadangan calon Perdana Menteri kita bukan nampak ia dari segi parti mana…kita pun tak tunjuk dia dari kaum yang mana, agama yang mana, budaya yang mana tak ada,” katanya pada sesi temu bual khas bersama media di Ibu Pejabat Parti Gerakan di sini hari ini.

Beliau sebelum itu  ditanya sama ada Gerakan boleh menerima sekiranya calon daripada Pas diangkat sebagai Perdana Menteri jika PN menjadi kerajaan.

Untuk rekod, Pas mempunyai lebih 40 ahli Parlimen menjadikan parti tersebut lebih majoriti dalam PN berbanding gabungan parti-parti lain seperti Bersatu dan Gerakan.

Dalam pada itu, Dominic yakin apa-apa pencalonan daripada PN untuk pelantikan Perdana Menteri akan dibincang bersama pimpinan Majlis Tertinggi supaya calon tersebut merupakan calon yang terbaik untuk mengemudi negara.

“Tak kisah ia daripada Bersatu ke, Pas ke, Gerakan ke ke tak kisah…PN akan buat perbincangan bersama-sama dengarkan pandangan walaupun berlainan, kita buat keputusan bersama-sama,” ujarnya. –:

WOIT

SEMUA BOLEH

TERIMA PAS

JADI PM

AMIN

INI BUKAN

MASALAH

AMIN

MASALAHNYA PAS

SUKA SUSAHKAN 

HIDUP DI DUNIA

AMIN

HEBOH CERITA

LEPAS MATI

AMIN

LARANG INI

LARANG ITU

HARAM INI

HARAM ITU

AMIN

MENJADIKAN HIDUP

ATAS DUNIA 

YANG REAL

JADI SUSAH

AMIN

LEPAS MATI

TAKDA MENGUNDI

TAKDA PARTI 

POLITIK

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini baru kowtim, GELAKAN sama cuntfuse dengan Tukar Tiub.

Wooitt, bila masa TALİBAN bilang boleh hirup gulai kawah daging babi ada GELAKAN?

Hari itu PRU15, boleh halau Presiden GELAKAN dari kempen TALİBAN diPenang sebab, Apek tu tak basoh berak, baru pekena Yam Seng dan makan babi salai diFood Court tak halal. Hehehe.

Siap haribulan Tukar Tiub pun kena halau sebab baru lepas berguling dengan Ezy dan Tak Tak sambil togok. Tukar Tiub hanya boleh kawan dengan Geng Bangsar. Jugak hehehe.

Tanpa Nama berkata...

Gerakan dan MCA tidak mewakili sesiapa pun. Ini fakta.