Jumaat, 26 Januari 2024

MALAPETAK IKLIM


Tanah runtuh Cameron Highlands: Seorang maut, 4 lagi tertimbus

KUALA LUMPUR – Seorang maut manakala empat lagi masih hilang dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Batu 54, Blue Valley di Cameron Highlands, Pahang awal pagi tadi.

Maklumat awal diperoleh terdapat lima mangsa terperangkap dalam runtuhan itu.

Identiti mangsa terkorban dalam kejadian itu serta empat yang hilang belum diperoleh.

“Pemeriksaan awal di kawasa n runtuhan bomba menemui mayat seorang lelaki.” kata Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Ismail Abdul Ghani dalam satu kenyataan.

Ketika ini operasi mencari dan menyelamat empat lagi mangsa yang dilaporkan hilang termasuk seorang wanita sedang dilakukan.

Menurutnya, sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cameran Highlands bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan mengenai kejadian pada jam 2:51 pagi tadi.

Katanya, Komander Operasi melaporkan anggota bomba terpaksa berjalan kaki sejauh tiga kilometer ke lokasi kejadian.

Ismail berkata, ketika ini bomba sedang giat mengesan empat lagi mangsa tetapi operasi dilakukan secara berhati-hati kerana dikhuatiri berlaku runtuhan susulan. – 


HUJAN TURUN

TANAH JADI LEMBIK

AMIN

POKOK DITEBANG

TANAH DI TARAH

INI HASILNYA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: