Jumaat, 26 Januari 2024

PEKERJA BANK NAIK MINYAK



NUBE gesa PM bubar kartel bank sakiti kumpulan B40, M40

KUALA LUMPUR – Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mengalu-alukan komitmen kerajaan untuk melindungi kebajikan pekerja seiring keuntungan dinikmati.

Bagaimanapun ia mengecewakan apabila melihat bank milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak seiring objektif kerajaan, kata Setaiusaha Agung NUBE, J. Solomon.

Menurutnya, ketiadaan penjajaran ini semakin jelas apabila GLC beroperasi bertentangan dengan arahan kerajaan, tidak ubah seperti ‘bunga kembang berbalik kuncup’.

“Keengganan bank-bank berkenaan baru-baru ini untuk memberikan gaji pokok sebulan sebagai Bantuan Perayaan kepada kumpulan B40 dan M40 jelas menggambarkan kedegilan ini.

“Keputusan sesuka hati bank-bank ini melanggar perjanjian sedia ada dengan NUBE yang dimaktubkan tahun lalu dan bertujuan untuk memberi sokongan kepada pekerja ketika sambutan perayaan keagamaan utama seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baharu Cina, Deepavali, dan Krismas.

“Perjanjian itu menyatakan minimum gaji sebulan sebagai Bantuan Perayaan dengan pihak bank diberi pilihan untuk menawarkan jumlah lebih tinggi jika mereka mahu.

“Walaupun ada perjanjian untuk menyemak semula bayaran itu pada 2024, MCBA secara unilateral meletakkan had sebanyak RM500 tanpa mengendahkan terma yang telah dipersetujui,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Keputusan itu, menurut Solomon, tidak berasas khususnya melihat kepada peningkatan 15 peratus dalam produktiviti pekerja sektor kewangan dari 2021 hingga 2023, berbanding tempoh 2018-2020 yang membawa kepada hasil lebih tinggi oleh setiap pekerja.

Memandangkan margin untung ini, bank-bank berkenaan amat mampu memberikan jumlah melebihi gaji sebulan untuk Bantuan Perayaan, katanya.

Pengurangan jumlah Bantuan Perayaan, khususnya dengan sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi meletakkan tekanan kewangan yang tidak wajar terhadap pekerja yang telah menjangka akan
menerima sokongan seperti dijanjikan.

Keputusan yang dibuat oleh wakil GLC terlibat menggambarkan ketakadilan teruk kepada semua pekerja bank kumpulan B40 dan M40, dan membayangkan amalan korup yang membelenggu kumpulan berpendapatan rendah serta pertengahan dalam kemelut kewangan.

“Kami menggesa Perdana Menteri  yang juga Menteri Kewangan, supaya menangani amalan eksploitasi ini dengan membubarkan kartel bank korup seperti ini.

“Tindakan ini penting bagi menjajarkan amalan sektor perbankan dengan objektif kebajikan pekerja oleh kerajaan, seterusnya memastikan perkongsian keuntungan secara berekuiti,” jelasnya. – 


SATU LAGI

KESATUAN SEKERJA

NAIK MINYAK

AMIN

INI BERITA BAIK

KALAU SEMUA

BERSATU 

JENG ENG JENG

BUKAN  SAJA 

BERTAMBAH

MUTU MALAH

GAMIN MATI KUTU

KHALAS

Tiada ulasan: