Jumaat, 26 Januari 2024

ZIONIS TERUS MEMBUNUH




Hari ke 111: Bilangan kematian di Gaza hampir cecah 26,000

GAZA CITY – Perang yang memasuki hari ke-111 menyaksikan bilangan kematian menghampiri angka 26,000 orang.

Menurut Jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza, Ashraf al-Qudra, Israel telah membunuh 25,900 rakyat Palestin dan mencederakan 64,110 yang lain sejak ia melancarkan pencerobohannya di Semenanjung Gaza.

Dalam tempoh 24 jam lalu rejim zionis dilaporkan melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap 200 rakyat Palestin 370 yang lain.

Seperti yang berlaku sejak permulaan pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza, jurucakap itu berkata, sebilangan mangsa di kawasan sasaran masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan yang dibom oleh Israel.

Rakyat Palestin yang cedera tidak mendapat rawatan kesihatan kerana tentera penceroboh menghalang pekerja kecemasan daripada menjalankan misi mereka.

Serangan Israel antara lain menyasarkan tempat perlindungan yang dikendalikan Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat atau UNRWA dan di kawasan al-Mawasi di bandar Khan Younis.

Selain itu, al-Qudra berkata, pasukan pendudukan sedang mengepung hospital dan pusat perubatan di wilayah selatan Khan Younis, yang telah melumpuhkan sektor kesihatan di kawasan itu.

Pasukan perubatan di Kompleks Perubatan Nasser dan Hospital Al-Amal di Khan Younis terus bekerja dalam keadaan yang teruk, kekurangan makanan dan keselamatan yang diperlukan, jelas al-Qudra.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam serangan udara Israel di kem Nuseirat

Al Jazeera melaporkan bahawa serangan udara Israel awal malam ini ke atas sebuah rumah di kejiranan al-Hassayna di kem Nuseirat di tengah Gaza telah membunuh sekurang-kurangnya 11 orang.

Seorang wartawan dan ahli keluarganya dilaporkan antara yang maut.- Agensi

AL-FATIHAH

AMIN

26 RIBU GUGUR

INI SAMA DGN

SEMUA WARGA

JELEBU LESAP

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: