Khamis, 15 Februari 2024

RAFAH AKAN DI BOM !!!


Serangan Israel di Rafah perlu ditamatkan – PBB


WASHINGTON – Penasihat khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung pencegahan pembunuhan beramai-ramai khuatir dengan kemungkinan serangan Israel ke atas Rafah di selatan Semenanjung Gaza, yang menjadi tempat perlindungan lebih 1 juta penduduk daripada perang Israel di kawasan tersebut.

“Perlindungan orang awam perlu diutamakan dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa mesti dihormati pada setiap masa.

“Cukup-cukuplah dengan keganasan yang berlaku dan cukup-cukuplah penderitaan mereka yang paling terdedah, di Rafah dan di seluruh Semenanjung Gaza.

“Risiko jenayah kekejaman sekiranya pencerobohan tentera di Rafah adalah serius, nyata dan tinggi,” kata Alice Wairimu Nderitu dalam satu kenyataan.

Nderitu mengulas rancangan “pencerobohan ketenteraan penuh” Israel di Rafah, yang hampir pasti akan membawa akibat buruk kepada orang awam.

Beliau menekankan, adalah penting untuk membebaskan semua tebusan tanpa syarat, memastikan bantuan kemanusiaan boleh sampai kepada mereka yang paling memerlukannya dan mempercepatkan semua dialog supaya keganasan selanjutnya dapat dicegah dan gencatan senjata yang mampan dilaksanakan.

“Sejak 7 Oktober, orang awam di rantau ini telah mengalami dan terus berdepan dengan penderitaan yang tidak diatasi. Ini mesti berakhir dan mesti ditamatkan sekarang,” tambahnya.
Tentera Israel merancang untuk melancarkan serangan darat di Rafah untuk mengalahkan “batalion Hamas” yang tinggal. Rancangan itu telah mencetuskan kebimbangan tentang malapetaka kemanusiaan. – Agensi

RAFAH AKAN

DI BOM

AMIN

PROJEK HALAU

SEMUA PALESTIN

DARI BUMI

PALESTIN SEDANG

BERJALAN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

oit pundek, lu siarkan berita indon kata palestin nak menang perang..sekarang lu suruh henti perang plak..lu nak apa sebenarnya? lu cuma nak jdikan alasan palestin sebagai bibit demo anti agong diskaun najib kan?dasar sakai pemohon suaka british..