Isnin, 8 April 2024

JO BEDUL JADI JO POYO



Cadangan makan ubi kayu bukti kerajaan tak faham kesusahan rakyat
UALA LUMPUR – Cadangan Yang Dipertua Dewan Rakyat,  Johari Abdul agar rakyat negara ini berani melakukan perubahan untuk tidak terus bergantung kepada nasi sebagai sumber karbohidrat, sebaliknya menggantikannya dengan sumber lain seperti ubi kayu, dikritik pembangkang.

Menurut Ahli Jawatankuasa Badan Pimpinan Negeri, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Wilayah Persekutuan,  Tun Faisal Ismail Aziz berkata, cadangan cetek itu jelas membuktikan kerajaan tidak faham kesusahan yang dihadapi oleh rakyat.

“Rumah mereka, bil letrik, bil air, maid (pembantu rumah), kereta, minyak, tol, pemandu, bodyguard (pengawal peribadi), pegawai-pegawai mereka bukan mereka bayar, kerajaan yang bayar guna duit rakyat.

“Mana mereka nak faham bila rakyat susah, rakyat tak jumpa beras, rakyat tak mampu bayar bil letrik yang melambung tinggi, mereka takkan faham sebab bukan mereka yang cari beras, bukan mereka yang bayar bil letrik, semuanya kerajaan bayarkan guna duit kita, duit rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tun Faisal berkata demikian merujuk kepada laporan media bahawa Johari memberikan cadangan agar rakyat menjadikan ubi kayu sebagai satu daripada sumber karbohidrat dilihat mampu menjadi alternatif terbaik sementara menunggu isu bekalan beras putih tempatan (BPT) selesai.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Bersatu,  Razali Idris berkata, cadangan Johari untuk rakyat menjadikan ubi kayu sebagai sumber karbohidrat adalah tidak realistik.

“Rakyat boleh makan ubi kayu ganti nasi” Idea Poyo!!,” kata Razali.

Johari yang juga bekas Ahli Parlimen Sungai Petani semalam mencadangkan agar rakyat berani melakukan perubahan untuk tidak terus bergantung kepada nasi sebagai sumber karbohidrat.

Beliau turut mencadangkan agar rakyat menggantikan beras dengan sumber lain seperti ubi kayu.

“Kalau beras menjadi isu, apa tujuan kita makan beras…untuk dapatkan karbohidrat. Saya rasa ada tak alternatif lain sementara kita nak selesaikan isu beras iaitu makan ubi kayu.

“Saya pernah berbincang dengan beberapa Ahli Parlimen Sarawak, di negeri itu (Sarawak) tanam ubi kayu yang digunakan sebagai makanan tambahan, sebab khasiat ubi kayu hebat dibandingkan gula yang ada dalam beras.

“Jika kita perkenalkan makanan ubi kayu ini menggantikan beras, buat ubi kayu dalam bentuk apa pun, di Sarawak saya difahamkan ia amat berjaya,” katanya selepas meninjau Program Jualan Termurah Madani di Bandar Perdana, semalam. – 

KAH KAH KAH

JO BEDUL JADI

JO POYO

KAH KAH KAH

INI BETUL

LOKMAN ADAM

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: