Isnin, 8 April 2024

UBI IMPIT KUAH KACANG


Tukar nasi kepada ubi kayu satu kenyataan angkuh orang politik – Shahir

KUALA LUMPUR – Kenyataan Tan Sri Johari Abdul agar rakyat menukar sumber karbohidrat dari nasi kepada ubi kayu sehingga isu beras putih tempatan selesai adalah satu komentar angkuh orang politik yang tidak memahami denyut nadi rakyat.

Aktivis Politik, Shahir Adnan berkata, adalah tidak wajar Johari yang merupakan Speaker Dewan Rakyat berkata demikian di kala rakyat terhimpit dengan masalah kekurangan bekalan ruji itu.

“Bayangkan kesengsaraan rakyat untuk menyambut Aidilfitri…nasi impit pun menggunakan beras.

“Takkan rakyat nak beraya dengan juadah ubi kayu seperti waktu darurat 70 hingga 80an dahulu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Shahir berkata, Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Azman Mahmood sendiri enggan mengulas dakwaan pihaknya “takut” untuk mengambil tindakan sehingga menyebabkan berlaku masalah kekurangan beras putih tempatan (BPT) dalam pasaran dengan membiarkan menteri menjawab perkara itu.

“Ini pula satu kenyataan yang hanya melepaskan batuk di tangga. Terlalu ramai ‘pegawai atasan’ termasuk Pengerusi Task Force Pemantauan (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol) Syed Abu Hussin Hafiz namun semuanya hanyalah retorik politik dan menjaga periuk nasi masing-masing,” ujarnya.

Katanya, sudah lebih sebulan perkara itu berlaku namun ia masih tiada penyelesaian.

“Gunakan kuasa sebagai menteri dan akta yang ada untuk menentang kartel beras dan menyelesaikan isu beras putih tempatan kerana ini adalah isu rakyat,” tambahnya. – 

JADI 

LOKMAN ADAM

JANGAN TUNJUK

PADA ORANG RAMAI

AMIN

DUDUK 

ONTOK ONTOK

RABO TOLO

SORANG DIRI

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau kita bodoh jangan pamerkan, kalau tidak cerdik tidak menjadi kesalahan hanya kurang oksigen di otak, bagi tangki oksigen masuk dalam udara parlimen mungkin boleh dapat idea baru yang lebih baik untuk negara kah kah kah selalunya orang terperangkap dalam bilik air cond ini kurang oksigen betul, hanya udara sejuk bertambah kotor dengan mulut dan idea bodoh setiap hari kah kah kah, kalau buat sidang parlimen tepi laut lagi terbaik dapat udara segar jadi otak mampu segar jugak kah kah kah