Khamis, 23 Mei 2024

ANWAR WAJIB JAWAB - JANGAN MAIN WAYANG


MINTA PM ANWAR IBRAHIM JAWAB SECARA TUNTAS ISU PENJUALAN SAHAM MAHB KEPADA GIP MILIK BLACKROCK


Dakwaan Hishamudin Rais bahawa tindakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bertemu pemimpin HAMAS baru baru ini hanyalah wayang Anwar sahaja untuk mengalih perhatian terhadap isu penjualan saham Malaysia Airport Berhad (MAHB) kepada syarikat pro-Israel perlu dijawab secara tuntas oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim. 

2.Hishamudin Rais seorang aktivis politik dan aktivis-aktivis lain dari Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) semuanya berniat baik apabila membangkitkan isu ini.

3.Mereka semua patriotik.Mereka hanya minta Kerajaan jawab terutamanya jawapan daripada PM Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.

3.Mudah sahaja isu ini.Sama ada dakwaan kerajaan akan menjual sebahagian saham MAHB kepada Global Infrastructure Partners (GIP) itu benar atau tidak dari sefi faktanya? Kalau benar katakan benar.Kalau tidak katakan tidak.Nokhtah!

4.Hishamudin Rais dan ramai aktivis Sekretariat Solidariti Palestin termasuk ahli-ahli parlimen kerajaan dan pembangkang perlu bersuara dalam hal ini kerana isu ini penting.Rakyat dan Kerajaan Malaysia selama ini amat tegas dalam sokongan mereka kepada perjuangan adil rakyat Palestin, lebih lebih lagi sekarang apabila lebih 35,000 rakyat Palestin terbunuh dalam perang genoside rejim zionist Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

5.Saya selaku ahli parlimen kerajaan masih kuat percaya atas komitmen Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam membantu nasib rakyat Palestin.Saya tidak percaya PM Anwar hanya berlakon dan main wayang sahaja di hadapan pemimpin Hamas tetapi sebaliknya di belakang mereka Kerajaan Malaysia bercadang menjual 30% saham MAHB yang mengendalikan 38 lapangan terbang di Malaysia kepada GIP yang dimiliki oleh sebuah syarikat pelaburan Amerika Syarikat  yang Pro Israel bernama Blackrock.

6.Jadi untuk isu ini tidak berpanjangan dan nama baik PM Anwar Ibrahim dapat kekal terpelihara di dalam negeri dan di dunia antarabangsa dalam soal Palestin maka tidak ada orang lain yang boleh menjawab melainkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sendiri.


Hassan bin Abdul Karim 

Ahli Parlimen Pasir Gudang 

23 Mei 2024

1 ulasan:

abu qassim berkata...

KAH KAH KAH
Pak hassan buek² tk tahu lak..
Ni bkn wayang..
Ni titer bangsatwan..
Sapo tuan direktor eh..?
Dio kn pelakon jo...
Pelakon yg tolo eh dh kono gonggam..
Nk tahu sapo tn direktor eh?
CUI BONO la..
KAH KAH KAH