Selasa, 25 Jun 2024

PEMUDA UMNO TIBAI ANWAR



BlackRock: Tindakan flip flop cukup meloyakan – Nazifuddin

KUALA LUMPUR – Tindakan membenarkan syarikat Global Infrastructure Partners (GIP) yang dimiliki sepenuhnya BlackRock Inc. membeli saham dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dianggap sebagai flip flop yang meloyakan.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO,  Mohd Nazifuddin Najib berkata, kerajaan selama ini menyokong dan memperjuangkan pembebasan Palestin daripada keganasaan dan penindasan Israel.

“Namun tindakan kerajaan membenarkan syarikat milikan “negara Israel” untuk memiliki saham syarikat pengurusan lapangan terbang negara kita yang unggul ini tidak menunjukkan suara Malaysia yang sebenar peringkat dalaman dan antarabangsa. Tindakan flip flop ini cukup meloyakan,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Nazifuddin berkata, tindakan membenarkan atau meluluskan proses pemilikan saham MAHB kepada BlackRock melalui GIP adalah seperti membenarkan musuh ke masuk ke rumah sendiri menggunakan pintu hadapan.

Tindakan itu juga seperti menggadaikan maruah negara yang jaga dengan penuh adab dan susila daripada musuh nyata.

“Kita juga sedia maklum dengan dunia IT (teknologi maklumat) yang tanpa sempadan. Secara logiknya, membenarkan musuh berada di dalam negara secara tak langsung, mereka ‘diberikan’ kebenaran untuk mengeksploitasikan maklumat kerahsian negera.

“Harusnya kerajaan lebih sensitif dengan isu keselamatan negara dari mementingkan transaksi menguntungkan untuk seketika dan tanpa sedar meletakan negara ini dalam bahaya.

“Sejujurnya saya merasakan bahawa, tiada nilai yang boleh dipertaruhkan untuk keselamatan negara dan rakyat yang bernaung di bawahnya. Khazanah terlupa akan keselamatan negara atau kerajaan yang terlupa?” soal Mohd Nazifuddin.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Langkawi berkata, kerajaan seperti terlepas pandang sehingga cadangan untuk mempelawa Blackrock telah dijadikan satu ‘kemestian’.

Mewakili suara suara kecil rakyat, Mohd Nazifuddin berharap kerajaan tidak membenarkan BlackRock melalui GIH membeli saham MAHB.

Banyak pihak sebelum ini terkejut dengan tindakan membenarkan GIH memiliki kepentingan dalam MAHB.

Menurutnya, Saul Takahashi, seorang profesor hak asasi manusia di Universiti Osaka Jogakuin, Saul Takahashi misalnya dilaporkan berkata, adalah tidak wajar kerajaan Malaysia mempertimbangkan perjanjian dengan syarikat berkaitan dengan BlackRock.

Ini kerana BlackRock ialah pembiaya utama perindustrian ketenteraan Amerika Syarikat yang terbabit secara tidak langsung dalam pembunuhan beramai-ramai lebih 37,000 penduduk Palestin yang dilakukan Israel di Gaza.

Katanya, Ketua Pegawai Eksekutif BlackRock juga merupakan penyokong kuat Israel. – MalaysiaGazette

UMNO JELAS

TIDAK SOKONG

ZIONIS YAHUDI

AMIN

UMNO TOLAK

ANWAR IBRAHIM

YANG MAHU JUAL

39 AIRPORT KITA

PADA SYARIKAT

ZIONIS YAHUDI

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Rank&File berkata...

Apa kata kalau wak zahid bawa keluar UMNO dari kerajaan Mahadani. Tapi...tak mungkin tak mungkin sebab kera...jaan mahadani lah yang membolehkan DNAA wak jahid