Selasa, 2 Julai 2024

TRUMP JADI PRESIDEN SEKALI LAGI ?



Trump kebal pendakwaan

 bagi tindakan rasmi

 ketika jadi Presiden -

 Mahkamah Agung AS

WASHINGTON: Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) semalam memutuskan bahawa bekas Presiden, Donald Trump dilindungi kekebalan daripada pendakwaan untuk tindakan rasmi yang diambilnya ketika memegang jawatan itu.

Ketua Hakim, John Roberts, berkata seorang Presiden 'tidak melangkaui undang-undang' tetapi memiliki 'kekebalan mutlak' daripada dikenakan pertuduhan jenayah atas tindakan rasmi yang diambil ketika memegang jawatan berkenaan.

"Sehubungan itu, seorang Presiden tidak boleh didakwa atas penggunaan kuasa terasnya yang berperlembagaan, dan berhak untuk sekurang-kurangnya memperoleh kekebalan presumtif daripada pendakwaan bagi kesemua tindakan rasminya.

"Bagi tindakan tidak rasmi seorang Presiden pula, tiada kekebalan," katanya dalam keputusan mahkamah itu yang menyaksikan enam hakim menyokong dan tiga lagi menentang.

Roberts sekali gus mengembalikan kes dihadapi Trump, kepada mahkamah lebih rendah bagi menentukan sama ada pertuduhan dihadapi bekas Presiden AS itu membabitkan tindakan rasmi ataupun sebaliknya.

Trump didakwa terbabit konspirasi menipu AS, konspirasi menghalang prosiding rasmi pada 2021 bagi mengiktiraf kemenangan Joe Biden, serta konspirasi menafikan hak rakyat AS untuk mengundi dan undi mereka dikira. - AFP


PELUANG TRUMP

UNTUK JADI

PRESIDEN SEKALI

LAGI MAKIN CERAH

AMIN


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Baik yg tuo, baik yg mudo.. napo jahek2 preseden amereka nie yo… ado jo masaelah dunio nak dibueknyo.. diam2 tanam kontang kek sano dah la