Selasa, 8 Oktober 2024

AHAD CUTI - JUMAAT CUTI ?


PERTUKARAN 

HARI CUTI DI JOHOR: 

JUMAAT BEKERJA 

DAN AHAD CUTI REHAT


Satu Pandangan
Hassan Abdul Karim 
Ahli Parlimen Pasir Gudang 


Cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu di Johor bukan sekadar cuti biasa.

Ia ada makna dari segi sejarah dan budaya Johor.

Johor adalah sebuah negeri Melayu dalam Persekutuan Tanah Melayu dari kumpulan Negeri-Negeri Melayu tidak bersekutu.Sama seperti negeri-negeri Kelantan, Trengganu dan Kedah.

Di negeri-negeri Melayu tidak bersekutu ini, cuti hujung minggu ialah pada hari Jumaat dan Sabtu.

Negeri-negeri Melayu tidak bersekutu ini adalah negeri yang paling kurang pengaruh jajahan Inggeris yang mengenakan pengaruh budaya ke atas tanah jajahannya seperti negeri-negeri Selat: Melaka dan Pulau Pinang serta negeri-negeri Melayu bersekutu seperti Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan yang kesemua negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ini dipaksa cuti ikut kehendak penjajah Inggeris iaitu pada hari Sabtu dan Ahad.

Jadi perubahan yang akan berlaku di Johor ini dalam soal hari cuti hujung minggu ini mempunyai makna yang tersendiri iaitu melupakan pengertian budaya dan sejarah politik Johor itu sendiri.

Johor dirahmati Allah dengan segala kemajuaan duniawi dari segi kebendaan dan material berbanding dengan negeri-negeri lain dalam Malaysia walaupun cuti hujung minggunya selama ini adalah pada hari Jumaat dan Sabtu.

Hari Jumaat adalah hari yang mulia dalam budaya Islam.Di Johor adalah antara negeri yang paling banyak mesjid.Hari Jummat punya pengertian yang besar bagi masyarakat Islam di seluruh dunia.Tidak akan jadi Johor mundur jika dikekalkan Jumaat adalah hari cuti bagi Johor di mana memberi penghormatan yang tinggi kepada rakyat Islam di Johor.Rakyat Johor yang bukan Islam menerima hakikat budaya dan sejarah politik Johor mengapa hari Jumaat adalah hari cuti di Johor.

Perubahan untuk menjadikan hari Jumaat sebagai hari bekerja dan hari Ahad sebagai hari cuti di Johor pernah berlaku beberapa tahun yang lalu Tetapi perubahan itu tidak bertahan lama kerana rakyat Islam di Johor tidak menyokongnnya.

Jadi pada pandangan saya, walaupun sebagai rakyat biasa, sebagai seorang ahli parlimen biasa dari negeri Johor saya tidak boleh berbuat apa-apa.Tetapi saya masih ada satu hak untuk bersuara.Hak itu tidak boleh ditekan dan dirampas dari saya.

Dengan rendah hati saya selaku anak jati Johor seorang anak Melayu berbudaya Melayu dan beragama Islam yang menghormati sejarah dan budaya Johor maka izinkan saya menzahirkan rasa tidak bersetuju saya dengan perintah yang dibuat oleh  raja pemerintah negeri Johor ini yang ingin menukar hari Jumaat menjadi hari bekerja dengan menggantikan hari Ahad seperti yang dikehendaki penjajah Inggeris selama ini sebagai hari cuti.

Hassan bin Abdul Karim 
Ahli Parlimen Pasir Gudang 
Isnin 07 Oktober 2024

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apasal tiba2 dia ni memekak terpaling melayu islam pasal cuti jumaat ke sabtu... ada banyak isu kat johor yang panas pasal melayu islam... macam baru ni pasal larian jubo dia diam je... x paham aku...

Tanpa Nama berkata...

Sabtu Ahad orang Singapura nak masuk habiskan duit shopping lah, kalau Sabtu tutup kurang masuk itu saja, tak ada apa-apa lain pun, kena ikut budaya orang lain supaya kita untung, lain semuanya tak penting, yang utama duit kena masuk, jadi kurang bercakap kosong dan buat kerja masing masing, setakat sembang bukan main hebat wakil rakyat kita ini seekor tetapi kerja selalu ponteng hilang jugak kah kah kah