Korea Utara percepat langkah jadi kuasa nuklear - Kim Jong Un
SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un berkata negaranya akan mempercepatkan langkah untuk menjadi kuasa ketenteraan dengan senjata nuklear dan tidak akan menolak untuk menggunakannya jika musuh menyerang, lapor media negara KCNA.
Jong Un berkata demikian ketika membuat ucapan di universiti yang dimiliki sepenuhnya oleh KCNA.
Beliau berkata, pihaknya tidak ada niat untuk menyerang Korea Selatan, namun tidak menolak sebarang kemungkinan jika musuh menggunakan kekerasan terhadap Korea Utara.
"Jika musuh cuba menggunakan kekerasan terhadap negara kita, tentera Korea Utara akan menggunakan semua tindak agresif tanpa ragu, dan tidak menolak kemungkinan penggunaan senjata nuklear," katanya.
Menurut KCNA, Jong Un turut menyeru pengukuhan pertahanan Korea Utara secara menyeluruh.
Beliau juga menghantar mesej hari jadi kepada Presiden Russia, Vladimir Putin.
Jong Un yang menggelar Putin sebagai sahabat terdekatnya, berkata hubungan strategik dan kerjasama antara kedua-dua negara akan ditingkatkan ke tahap baru, untuk bekerja dalam mempertahankan keamanan serantau dan global serta keadilan antarabangsa.
1 ulasan:
tak boleh.. nanti foziah mutan mogok.. dia pantang dengar nuklear..
Catat Ulasan