Ahad, 6 Julai 2025

PAGI INI


PAGI INI 

PAGI INI

AHAD 6 JULAI 2025

CUKAI DAH MASUK SEMINGGU


HARGA BARANG
Kemarin gua di Pasar Chow Kit. Seperti biasa gua masuk cari kaki ayam, rangka ayam dan hati ayam untuk Tak Tak dan Ezi – harga TAK NAIK.

Gua beli Ikan Talapia, Udang dan Sotong – HARGA TAK NAIK. Telor JUGA  tak naik.

Harga Buah- buahan semua  TAK NAIK. Sayur juga tidak naik. Sayur dan buah bermusim. Tapi gua perhatikan buah import seperti Kiwi da Delima memang mahal.

Dulu gua beli tiap minggu Kiwi  - 10 biji 10Rm. Kali ini 4 biji 10Rm – gua tinggalkan. Delima 2 butir 10Rm. Gua tinggalkan.

HAKIKATNYA – harga di Pasar Chow Kit masih seperti biasa. Pasar ini memang istimewa –  gua rasa di Chow Kit pasar paling murah. Di Jelebu Kuala Klawang barang mahal – yang murah hanya yang di tanam sekitar Jelebu – kelapa , betik -  ikan dan ayam mahal dari Chow Kit. 

Tapi berapa ramai warga kota Kuala Lumpur akan datang ke Chow Kit atau Pasar Pudu  ?

RESTORAN KURANG PELANGGAN
Kemarin kawan gua ke Melaka. Dia bawa pulang cerita restoran di Melaka dah kurang pelanggan. Wow ! Awal lagi dah kurang.

HAKIKATNYA – cukai ini pasti dalam masa jangka panjang akan  mendera orang ramai. Untuk gua ini BAIK. Baik kerana senang nak hasut orang ramai untuk benci  Ma Da Fa Ka. Mudah dan senang untuk hasut orang ramai  turun ke jalan raya.

AMERIKA
Baru selesai sambut hari MERDEKA – kini di langgar  hujan lebat dan banjir. Di Texas  45 warga telah mati lemas termasuk  15 orang kanak-kanak. Ini banjir luar tabii.

BRAZIL
Hari ini sidang kemuncak BRICS – berita heboh dua pemimpin asal BRICS – Xi Jin Ping dan Putin -  tidak hadir.

EROPAH
Musim panas yang hangat. Belanda, German, France  dan Itali dalam bahang panas – malah suhu naik gila. Ini cuaca di luar tabii. Ini malapetaka iklim.

UK 
Kugiran BLACK SABBATH buat konsert di Birmingham tempat kelahiran. Kugiran OASIS buat konsert di Cardiff. 

AMERIKA
Carlifornia terbakar sekali lagi. Kali ini hutan seluas 38,700 hektar telah hangus di makan api.

FRANCE
Mogok  pengawal trafik udara   mengakibatkan lebih dari 500,000 penumpang tersangkut. Sebanyak 1000 penerbangan batal. Mogok menuntut naik gaji.

HOKKIEN
Pagi ini basah berkabus nipis. KL & KL Sentral berkabus berjerebu . Langit pucat kelam. Petang kemarin hujan. Mata hari dah muncul. Cahaya di  tapis awan tebal. 

Tapi – di pintu masuk Jantan berkokok. Di atas bukit Tekukur berlagu. Lawan berlawan sahut menyahut. Suara murai  juga berkicau menyambut pagi.

Seekor Warga  Asal datang menyalak. Tak Tak tidak  ambil pot.

Gua rasa jap lagi akan panas. Awan dan kabus akan hilang.  Langit akan cerah. Jika Hujan Rahmat sampai malam sejuk santai. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM DARI PAGI
AHAD

BRO
Lu  mengenali Orang Lain lu di anggap pandai.  Lu mengenali diri lu sendiri ini tanda lu BIJAKSANA.

BRO
Lu jangan sesali apa yang lu telah buat. Lu senyum dan jadikan pelajaran.

BRO
Jangan kumpul dan beli barang yang lu tidak perlu. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lu tidak menyesali kesalahan itulah permulaan saekor zionis