Tentera Israel dakwa pintas peluru berpandu dilancar dari Yaman
ISRAEL: Tentera Israel mendakwa pihaknya berjaya memintas sebuah peluru berpandu yang dilancarkan dari Yaman ke arah Israel.
Tentera Israel dalam kenyataan berkata, beberapa siren amaran diaktifkan di beberapa kawasan di Israel mengikut prosedur keselamatan.
Israel turut mengeluarkan amaran akan mengenakan sekatan udara dan laut ke atas pergerakan Houthi di Yaman sekiranya kumpulan yang disokong Iran itu terus melancarkan serangan ke atas Israel, kononnya atas solidariti dengan Gaza.
Sejak tercetusnya perang di Gaza pada Oktober 2023, kumpulan Houthi beberapa kali melepaskan tembakan ke arah Israel serta kapal-kapal dagang di Laut Merah, sekali gus menjejaskan perdagangan global.
Bagaimanapun, kebanyakan puluhan peluru berpandu dan dron yang dilancarkan berjaya dipintas atau tidak sampai ke sasaran.
Israel juga melancarkan beberapa serangan balas terhadap kumpulan berkenaan.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan