Rabu, 13 Ogos 2025

DIPINDAHKAN - APA MAKNANYA ?


Pengetua, warden sekolah Zara dipindahkan ke JPN

Kementerian Pendidikan (KPM) akan menempatkan sementara pengetua, penolong kanan hal ehwal murid dan semua warden SMK Tun Datu Mustapha di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan itu diambil susulan pengumuman pihak polis bahawa pasukan petugas khas Bukit Aman telah mengambil alih siasatan kes kematian pelajar sekolah berkenaan, Zara Qairina Mahathir.

"KPM akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak brekuasa bagi memastikan siasatan dilaksana secara menyeluruh, teliti dan tuntas.

"Sebagaimana yang telah ditegaskan, kes tersebut merupakan keutamaam KPM pada masa ini. KPM berharap siasatan telus dan sepenuhnya dapat dilaksanakan demi keadilan buat keluarga serta semua pihak terlibat,” jelas kenyataan itu.

Zara ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 16 Julai lalu dan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.

Keluarganya percaya Zara menjadi mangsa buli di sekolahnya.

Kematian Zara mencetuskan pelbagai teori konspirasi, termasuk dakwaan wujudnya usaha untuk menutup kes kematiannya.

Keadaan ini diburukkan lagi oleh kegagalan pihak polis mengarahkan bedah siasat dilakukan terhadap mayat mangsa, sehingga menyebabkan kubur arwah terpaksa digali semula bagi tujuan itu.

WOIT

APA MAKNA

DI PINDAHKAN?

AMIN

APAKAH MEREKA

DI TAHAN ?

AMIN

KALAU DI TAHAN

MENGAPA DALAM

PEJABAT ?

AMIN

KENAPA TIDAK

DALAM LOKAP

POLIS

AMIN

KENAPA MEREKA

ISTEMEWA?

JENG JENG JENG

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah ini Malaysia Boleh sekarang

Tanpa Nama berkata...

Mulut diwajibkan tutup wajib diam diam duduk atas kerusi ada empuk selamat kah kah kah