PAGI INI
PAGI INI
RABU 13 OGOS 2025
MENTERI KENA KUTUK
MENTERI BURIT HIJAU
Dalam sejarah terkini politik kita – inilah kali pertama Menteri Pelajaran menjadi sasaran KUTUKAN. Tidak pernah berlaku. Dalam zaman Tungku Menteri Pelajaran paling dihormati – malah inilah anak tangga untuk kejayaan politik.
KHIR JOHARI – Menteri Pelajaran di zaman Tungku di benci tapi hormati. Tapi kali ini Menteri Burit Hijau di benci, di kutuk, di tibai, di pelekeh, di puki mak kan ,di lanchaukan dan di desak letak jawatan.
KONSEP BURIT HIJAU ini lahir dari Utara – Orang Kedah panggil Orang Siam – SIAM PERUT HIJAU – sekarang kita dah ada MENTERI BURIT HIJAU – kah kah kah
KES ZARA
Kes ini amat-amat menarik – ini bukti bahawa jika media sosial digunakan DENGAN BIJAK maka kerajaan boleh DI TUMBANGKAN – Ombak kebencian terhadap kerajaan Madafaka makin merebak.
SABAH akan melihat satu dampak politik yang hebat. Pada hemat gua PARTI WARISAN akan sapu bersih SABAH.
DI JOHOR
Satu kes PELAJAR MATI IBU MINTA BEDAH SIASAT – sedih juga membaca berita ini. Anak mahasiswa ini meninggal dalam keadaan yang mencurigakan. Keluarga TIDAK YAKIN anak mati kemalangan – justeru minta KUBUR di gali dan lakukan BEDAH SIASAT.
Pada hemat gua INI KES MATI KATAK – kecuali – keluarga dan kawan-kawan menyusun kempen untuk turun ke jalan raya. TAK TURUN JALAN RAYA PASTI MATI KATAK – sedih tapi inilah hakikat.
Melawan bukan hanya dengan kata-kata tepi dengan aksi. AKSI terbaik termolek ialah TURUN KE JALAN RAYA – Kes ZARA telah membuktikan TURUN JALAN RAYA MADAFAKA KENA PAKSA – kah kah kah.
UKRAINE
Trump akan jumpa Putin Jumaat ini di Alaska – bincang hal Ukraine. Presiden Ukraine tak di pelawa. Zelensky mengumumkan bahawa dia menolak wilayah Ukraine yang akan di berikan kepada Rusia. Wilayah ini asal usulnya ada bumi Rusia.
KOREA SELATAN
Isteri bekas Presiden Korea di tangkap kes rasuah. Ini sama macam kes Rosmah Mansor di Malaysia.
GAZA
Bandar Gaza mula di bom dari peluru kereta kebal. Projek tawan Gaza bermula. Soldadu Zionis dah mula masuk.
TURKI
Presiden Erdorgan bersedia untuk jadi orang tengah mempertemukan Putin dengan Zelensky. Ini usaha untuk menghentikan Perang Ukraine.
CHINA
Kota Beijing di langgar banjir. Kini amaran KUNING telah di berikan. Banyak kawasan sekitar kota ini sedang menerima hujan lebat.
HOKKIEN
Pagi ini sejuk berangin. Langit kelam pucat. Ada awan hitam macam nak hujan. Matahari tidak kelihatan. KL & KL Sentral berjerebu. Kemarin panas hingga ke petang.
Bunyi mesin potong rumput dari arah Kwantung. Di udara sebuah pesawat melintas. Gua mendongak tapi tak nampak apa- Langit tidak cerah.
Ha ha Tekukur berlagu. Dari jauh tuk tuk tuk – suara mendayu-dayu.
Ha ha – di jalan pulang gua ternampak seekor Murai bersama sepasang Tiong bertenggek di atas batu nisan. Ini rare. Bila gua hampir semua terbang ke hutan.
Tertiba Murai berkicau – bersiul gumbira. Wow – gua senyum. Dan macam filem Sudden Impact - Clint Eastwood berkata ‘ ... You Punk makes my day....’ Gua jugas berkata : You Murai makes may day..’
Pagi gua jadi indah dengan siulan Sang Murai. Berkicau bersambung – ada panjang ada pendek – suara beralih alih. Indah telinga mendengar.
BRO
SENYUM
SENYUM SEKARANG
SENYUM DI PAGI RABU
BR0
Gua cinta diri gua. Ini cinta suci. Cinta gua ini di rawat oleh alam semesta yang juga sedang bercinta dengan gua.
BRO
Lu jatuh cinta dengan kebun orang lain. Lu jangan lupa untuk memberi baja kebun lu sendiri.
BRO
Cinta terbesar yang lu alami di bumi ini adalah cinta dari lu untuk diri lu. Amin.
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA


Tiada ulasan:
Catat Ulasan