Khamis, 7 Ogos 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

KHAMIS 7 OGOS 2025

TARIF TRUMP BERMULA

ZARA QARINA
Kes kematian Zara Qarina masih heboh di bincangkan. Pelbagai jenis komen gua dengar. Macam-macam berita dari YouTube muncul. Yang di Tik Tok atau di Insta – gua tak ambil pot.  YANG GUA  ikut hanya di YouTube.

Macam-macam teori gua dengar . Gua suka kerana  ZARA QARINA akan jadi peluru kempen untuk hasut rakyat  benci kerajaan  Madanon di Sabah kah kah kah. 

Apa saja yang mengutuk Madanon adalah molek baik untuk gua. MUSUH KEPADA MUSUH KAMU ADA KAWAN KAMU – ini rukun amalan gua – jeng jeng jeng.

RIZAL  KHALID
Ini satu lagi peluru. Gua cukup gumbira bila membaca dan melihat klip berita dari Seberang ... kah kah kah.... Madafaka kena tibai olek warga net Indon – gua gumbira. MUSUH KEPADA MUSUH KAMU ADALAH KAWAN KAMU.

TARIF TRUMP
Hari ini lebih dari 60 negara akan mula membayar tarif untuk barang dan produk masuk ke pasaran Amerika. 

Ini dasar ekonomi Trump. Gua  amat gumbira kerana Trump huru hara kan kaum kapitalis dunia.

India di tambah 25% lagi menjadi 50% - TRUMP marah  kerana India beli minyak dari Rusia.

Brazil kena 50% kerana Trump marah pada kerajaan sekarang yang sedang mendakwa bekas Presiden yang juga kawan baik Trump.

Juga di beritakan kemasukan UBATAN ke Amerika akan kena 250% tarif. Ini baik sekali.  Warga Amerika yang sakit akan mati tanpa ubat.

Juga di beritakan akan  dikenakan 100% tarif baru untuk bahan micro chip  dan semikonduktor – jeng jeng jeng ... Malaysia akan parah kerana ini produk  utama yang kita eksport ke Amerika.

Untuk gua semua ini baik. Sebenarnya Trump beri peluang untuk rakyat di setiap  bangun melawan. Trump bantu Perikatan Nasional untuk menggunakan isu tarif untuk tibai Madanon.

Juga dasar tarif Trump  akan huru harakan rakyat Amerika. Ini TERBAIK – lihat apa akan jadi bila warga miskin Amerika tak ada ubat – apakah mereka akan menyusun untuk bangun melawan – jeng jeng jeng.

SAYANG - Trump hanya ada 4 tahun – gua gumbira sekali jika Trump terus berkuasa lebih lama lagi. AMIN

RUSIA
Di lapor  Trump akan bertemu dengan Putin minggu hadapan. Mereka nak cari jalan selesaikan Perang Ukraine.

SEPANYOL
Majlis Bandaran Jumilla di Sepanyol melarang perayaan agama Islam seperti Hari Raya di kawasan awam. Tempat  seperti Dewan Orang  Ramai atau Dewan Sukan tidak boleh digunakan.

ISRAEL
Cloud Microsoft telah di gunakan oleh MOSSAD untuk mengintip 1 juta panggilan warga  Arab Palestin dalam 1 jam.

GAZA
Kini tinggal 1.5% bumi subur di Gaza untuk warga boleh bercucuk tanam untuk hidup. Yang lain hancur lebur.

PALESTIN
Israel larang Mufti Besar Baitulmuqadis dan Wilayah Palestin untuk masuk ke Masjid Al-Aqsa.

WHAT APPS
Laman ini melupuskan 6.8 juta akaun tipu dan bersangkutan dengan scam.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Matahari dah  keluar.  Langit biru bercampur awan putih. Angin sejuk - cahaya  matahari panas menjadikan pagi ini nikmat.

KL & KL Sentral cerah – hujan petang kemarin.

Tiga Abang Potong Rumput bekerja. Berpuluh ekor Tiong   lari larau mencari rezeki di kawasan rumput di potong. 

Depan Pokok Ara  Warga Asal menyalak – saban pagi bila kami melintas pasti mereka menyalak. Pagi ini hanya ada 4 ekor – selalunya lebih ramai. Tak Tak dan Ezi tak ambil pot.

Hari ini pasti panas. Gua harap Hujan Rahmat akan sampai disebelah petang  agar malam sejuk santai.  Hujan Rahmat di tunggu kerana rumput kelihatan tidak menghaijau satelaqh di potong. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI KHAMIS

BRO
Bila lu sendirian lu bukan kesunyian.  Sebenarnya lu  berada di alam damai.

BRO
Jika lu malas jangan rasa malu. Lu malas kerana lu nak  rehat.

BRO
Lu buat apa yang lu suka. Lu jangan buat apa yang lu tak suka. AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA


Tiada ulasan: